Full Width CSS

Unit Media Puteri Dah Dilanda Kuman Yang Merosakkan Hubungan Sesama Ahli


Penulis baru menerima berita yang agak mengejutkan tentang Ketua Puteri Umno, Saudari Mas Ermieyati Haji Samsudin. Sebagai salah seorang yang penting dalam sesebuah part, tindakan beliau kini agak mengejutkan serta mengecewakan barisan tertinggi parti yang di ketuai Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak serta ahli puteri UMNO amnya.

Setakat jam ini, berita yang di terima penulis ada asasnya. Saudari Mas Ermieyati seolah-olah menolak sebarang usaha dari unit media UMNO menerusi Media Puteri untuk menyebarkan maklumat tepat tentang penglibatan Puteri dalam sebarang aktiviti.

Sebaliknya beliau memilih unit media swasta yang dikatakan gah tapi terpalit dengan permasalahan peribadi yang sehingga ke saat ini masih di perkatakan.

Apakah kewajaran meletakkan kepercayaan kepada kumpulan media sebegini sedangkan kumpulan ini dikhabarkan seumpama talam dua muka?

Hala tuju kumpulan ini juga menimbulkan persoalan. Di satu masa menyokong UMNO tapi pada masa yang sama berpakat dengan pembangkang. Menurut sumber yang boleh di percayai, kumpulan ini di tawarkan sehingga RM 25,000 untuk melaksanakan agenda beliau sedangkan di dalam Puteri sendiri ada kumpulan media yang sepatutnya menjadi suara rasmi beliau.

Penulis tidak nampak sebarang keperluan atas dakwaan ini. Bagi penulis biar orang yang arif menulis serta menyebarkan maklumat sahih tentang pergerakan puteri yang buat kerja. Bukan kumpulan yang bermasalah serta tiada arah tuju membuat kerja bagi pihak puteri. Dakwaan sebegini jelas mencemarkan imej puteri UMNO pada masyarakat serta langsung tidak membantu perkembangan puteri iu sendiri.


Sumber : Jacky Sparrow


Yang bertambah menariknya lagi apabila terdapat desakan daripada satu kumpulan (mungkin Unit Media Swasta) untuk 'menurunkan' atau dalam bahasa mudahnya adalah untuk meREMOVEkan seorang Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO yang bertanding dan menang hasil daripada undian ahli² Puteri seluruh Malaysia.

Peliknya apa powerhebatnya kumpulan ini sehingga boleh membuat percubaan tersebut. Sudah terlalu hebat sangat ker atau sekadar nak test market je haha.

Persoalan yang agak menarik juga diterima daripada ahli² Puteri UMNO yang menyuarakan kekecewaan mereka apabila keikhlasan mereka berkhidmat untuk sayap parti kini seolah² cuba dilaga²kan.

Unit Media Puteri sudah dilanda kuman yang bakal merosakkan hubungan sesama ahli dan barangkali ia akan merebak ke Biro² yang lain tetapi masih belum terlambat untuk Puteri sedarkan diri maju ke hadapan.

Ini nasihat daripada kami dalam ruang media sosial atas dasar sayangkan perjuangan UMNO dan tak rela kawan² daripada sayap parti dinodai oleh penjahanam yang merosakkan nama baik parti khususnya.

Terpulang kepada Ketua Puteri sama ada mahu berubah ataupun terus diubah kelak.



P/s : menurut kawan² bloggers lain, walaupun tagline #BeraniBerubah tu digunakan oleh DS Mukhriz Mahathir tapi ia takda kena mengena dengan Menteri Besar Kedah tersebut.

Post a Comment

0 Comments