Monday, March 30, 2015

Bukti² Rafizi Dizalimi Polis @PDRMsia


Sepanjang tempoh Rafizi ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), seperkara yang peliknya adalah bagaimana banyak gambar mengenai dirinya boleh diupload ke dalam laman sosial dengan memakai baju kaler purple (tahanan).

Ini satu persoalan yang mungkin barangkali banyak pihak ingin tahu?


Adakah gambar tersebut diambil oleh anggota Polis ataupun diambil oleh kawan² Rafizi yang bersamanya sepanjang masa atau diambil oleh lawyernya?

Menariknya lagi, gambar² ini diupload terus ke page milik Rafizi dan followers dapat mengikuti secara langsung keadaan semasa Rafizi yang ditahan oleh Polis.

Kemudian timbul pula gambar kononnya Polis bersama Rafizi memecah pejabatnya. Kebutuhan apakah ini sehingga Polis boleh dituduh memecah pejabat tersebut?

Persoalan lagi, siapakah yang mengambil gambar di atas ini?
Polis?
Kawan Rafizi?
Lawyer Rafizi?

Posting yang digunakan sengaja berniat tidak baik dan ingin mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap Polis kononnya melakukan siasatan tidak mengikut Standard Operation Procedure (SOP). Walhal jika seseorang itu sudah ditahan, pelbagai perkara termasuklah menggeledah premis milik mereka untuk mencari bahan bukti dibenarkan.

So kecelakaan apakah ini sehingga admin fan page Rafizi boleh bertindak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati penyokong² Rafizi?

Persoalan lagi, SIAPA yang ambil gambar Rafizi semasa ditahan selama ini?

2 comments:

  1. mengalahkan kim kardashian si rafizi ni

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...