Tuesday, March 10, 2015

[Gambar] Cabut Bumbung Bas Gara² Aircond Tak Sejuk?


Sebuah bas pekerja tercabut bumbungnya setelah kenderaan yang mengangkut pekerja kilang tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke tapak pembinaan fly over di Seagate, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku awal pagi ini telah menyebabkan bumbung bas terbabit tercabut akibat bergeser dengan tiang fly over yang sedang dalam pembinaan tersebut.


Akibat daripada itu, pemandu bas telah tersepit akibat rempuhan ke tiang berkenaan.


Menurut maklumat, semasa kejadian seramai 44 orang penumpang berada di dalam kenderaan tersebut dan ke semua penumpang mengalami kecederaan ringan. Mangsa² telah dikeluarkan oleh pihak Bomba & Penyelamat dan diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya.







Sumber Gambar : Penang Kini

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...