Full Width CSS

#Germanwing : Pilot Sengaja Terjunamkan Pesawat #A320


Siasatan awal mendapati Pembantu juruterbang pesawat malang Germanwings dengan sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang dari luar kokpit.

Namun demikian, tiada sebarang petanda ia sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis pada Khamis.


Pembantu juruterbang yang berusia 28 tahun itu sengaja menjunamkan pesawat tersebut, menurut pegawai penyiasatan Brice Robin dalam satu sidang media yang mendedahkan butir-butir rakaman terakhir daripada perakam pesawat tersebut.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf yang mengakibatkan seramai 150 orang dalam pesawat malang itu terbunuh.

"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit itu," jelas Robin. "Dia dengan sengaja enggan membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut."

Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitannya dengan aktiviti pengganas.

Pembantu juruterbang itu dikenali sebagai Andreas Lubitz.

IKLAN


Robin berkata, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi itu sehingga di saat akhir.

"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir.", katanya lagi.

Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta, tambahnya lagi.

Pembantu juruterbang itu berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas, tambah Robin.

Post a Comment

0 Comments