Friday, March 20, 2015

Imuniti MP Bukan Mutlak, Nurul Izzah Wajar Ditahan - @razlanrafii


Imuniti atau kekebalan (keistimewaan) yang diberi kepada seseorang Ahli Parlimen (MP) di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukan bersifat mutlak, total dan bebas sepenuhnya, sebaliknya masih mempunyai sekatan serta batasan tertentu.

Demikian tafsiran Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Raffi mengenai perkara itu kepada The Rakyat Post, apabila diminta mengulas kenyataan Pemuda MIC yang menyifatkan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan 1948 sebagai tidak wajar dan Malaysia boleh menjadi bahan kutukan dunia.

“Bagi saya, Nurul Izzah memang wajar ditahan, kerana kenyataan berbaur hasutan memang salah di sisi undang-undang, meskipun ia diucapkan ketika dalam Dewan Rakyat.

“Imuniti atau keistimewaan yang diberikan kepada Ahli Parlimen hanya boleh digunakan, apabila sedang memperkatakan isu berkaitan topik yang dibincangkan atau usul, tetapi dalam kes Nurul Izzah ini, dia dengan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan itu.

“Dia memang mengucapkannya di Parlimen, tetapi adakah rakyat tidak boleh mendengar apa yang diperkatakannya? Bagaimana jika ada rakyat yang terhasut dengan kenyataannya?” soal Mohd Razlan.

Siasatan polis ke atas Nurul Izzah dijalankan, susulan laporan polis yang dibuat bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa kritikan ke atas badan kehakiman merupakan kenyataan yang menghina dan menghasut.

Ia berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian ucapan bapanya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat, pada 10 Mac lalu.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan kes Liwat II.

Nurul Izzah dalam ucapannya turut menyebut: “Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan.”

Mohd Razlan menjelaskan, penahanan itu tidak wajar, jika Nurul Izzah berdebat mengenai undang-undang, namun apa yang dilakukan anak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas kedengaran menghasut.

“Contohnya, jika saya sebagai Ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan mengajak orang membunuh, tetapi saya mengucapkan di Parlimen, adakah saya tidak boleh ditahan? Mestilah boleh, kerana ia menghasut (mengajak orang membunuh).

“Mesti faham, imuniti itu bukan bersifat mutlak. Jika dikatakan ini permainan politik, Ahli Parlimen Barisan Nasional pun pernah ditahan atas kesalahan sama.

“Pada 1982, seorang Ahli Parlimen BN Kinabalu, Mark Koding juga disabitkan kesalahan menghasut, susulan ucapannya di Dewan Rakyat yang mempersoalkan dasar kerajaan membenarkan sekolah Cina dan Tamil diteruskan di negara ini,” katanya.

Mohd Razlan berkata, jika Nurul Izzah yakin tidak melakukan sebarang kesalahan, maka beliau tidak perlu takut.

Dalam pada itu, Mohd Razlan juga berpandangan, Nurul Izzah sendiri yang seolah-olah mahu dirinya ditangkap, kerana dengan sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ini semua lakonan untuk meraih simpati rakyat dan untuk menunjukkan kerajaan kejam.

“Beliau tahu tetapi sengaja memperkatakan dan selepas ditahan, mulalah menangis untuk menjual air mata.

“Sepatutnya, seorang wakil rakyat perlu memikirkan perkara untuk kebaikan rakyat, bukannya mempergunakan rakyat demi kepentingan diri. Itu salah,” kata Mohd Razlan.

Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh dalam kenyataannya hari ini berpendapat, seorang Ahli Parlimen sepatutnya kebal daripada undang-undang, apabila berucap di Dewan Rakyat.

“Penangkapan itu mengaibkan nama Malaysia, kerana dilihat seperti tiada ruang untuk kebebasan bersuara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di ibu negara, pada Selasa.

1 comment:

  1. kalau ada ahli parlimen cakap pundek pada MP keling, agak2 keling2 tu senyum happy ke? kekebalan la katanye...kesian ditakdirkan tak berapa cerdik

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...