Full Width CSS

Kecoh Betul Bangla Ceroboh Trek Laluan LRT Punca Tren Servis Slow Semalam


Petang semalam (2 Mac 15) ramai pengguna tren LRT aliran Kelana Jaya mengeluh gara² perkhidmatan tren terlalu slow (perlahan) pada waktu puncak. Dah lah hari Isnin, pastu tren pula buat hal. Ini mungkin keluhan penumpang yang terkandas lewat petang semalam.

Ini semua gara² sikap seorang penumpang yang tak pasti kategori apa yang boleh diklasifikasikan sikapnya hanya kerana dek perbuatannya merbahaya kepada tren telah menyebabkan pengguna lain menghadapi masalah untuk ke destinasi masing².

Untuk lebih senang faham, meh saya kongsikan sikit cerita sebenar berlaku kejadian ini.


Seorang warga asing (Bangladesh kot) seperti dalam gambar di atas berbaju hitam tu turun tren di stesen Jelatek. So semasa tren berhenti untuk menurunkan & menaikkan penumpang, tiba² mamat ni sudah turun atas trek laluan tren.

Kalau Pembaca sebagai pengguna perasan, atas trek tren atas lapisan color merah. So benda alah ni bila dipijak atau sesuatu menimpa atasnya (selain henpon dan benda² ringan) akan menyebabkan sistem yang dipanggil Passenger Intrusion Emergency Stop (PIES) menjadi aktif.


PIES ni berfungsi sebagai kunci keselamatan utama untuk menghidupkan sistem dan akan menutup sistem LRT yang dikawal secara automatik ataupun manual bagi aliran Kelana Jaya.

Berbalik kepada kisah asalnya, bila mamat berusia 33 tahun ni jejak je kaki di atas trek laluan tren tu secara automatiknya telah menyebabkan keseluruhan sistem operasi aliran Kelana Jaya tersebut tertutup sementara.

Disebabkan hal tu, semua tren telah diperlahankan dan diberhentikan servis sementara. So dalam keadaan ini, apabila sistem akan membuat pengesanan dan pengesahan di mana lokasi berlakunya kejadian ini untuk tindakan selanjutnya oleh staf RapidKL di stesen berkenaan.

So salahkan mamat ni, dia lah punca tren lambat semalam. Hari² lain, saya tak pasti pula.

Berikut info pencerobohan stesen LRT yang mungkin anda tak tahu.


P/s : Jika ada barang terjatuh di atas landasan seperti henpon, token LRT dan sebagainya, sila berhubung dengan pengawal keselamatan atau petugas² di stesen terbabit. Mereka lebih arif dengan sistem² terbabit.

Post a Comment

0 Comments