Full Width CSS

Lim Lip Eng Useless Jangan Sibuk Masuk Campur Urusan Negeri Terengganu #TTB


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menempelak Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial, sambil menegaskan, Terengganu mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani masalah itu di negeri ini.

Malah katanya, pemimpin DAP itu tidak perlu mempertikaikan langkah yang dibuat kerana dia tiada hak untuk masuk campur dalam hal ehwal negeri ini.

“Itu terpulang kepada kita, tiada kena mengena dengan dia (Lim Lip Eng), saya hendak jaga orang Islam sebab sekarang semua bercakap tentang masalah sosial generasi hari ini.

“Semua ini (garis panduan) untuk orang Islam dan bangsa saya sahaja, apa salah sekarang saya mencuba kaedah baru ini, kalau tidak berjaya kita cuba kaedah lain pula,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-17 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Lim Lip Eng pada 2 Mac lalu dalam portal Roketkini.com.

Dalam kenyataan itu, Lim Lip Eng turut mempersoalkan langkah menangkap mereka yang tidak solat Jumaat dan membawa mereka menaiki van jenazah sebagai hukuman.

Lip Eng juga mempersoalkan, adakah langkah yang dibuat itu timbul lantaran laporan bahawa Negeri Terengganu mencatatkan antara bilangan tertinggi melayari laman web lucah, sebagaimana yang dilaporkan media sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahmad Razif sekali lagi menegaskan, Terengganu tetap berpegang teguh dengan apa yang sedang dilaksanakan negeri itu dan tidak perlu ada campur tangan pihak lain.

“Ini adalah satu perkara yang baik, ini bukan perkara politik. Sepatutnya ia perlu disokong,” katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Mesti ada Melayu yg sokong cina tu

    ReplyDelete
  2. Hai takkan DAP aje yang MCA macam mati anak tu amacam, dua-dua serupa juga tapi MCA sekarang terlalu kurang ajar, UMNO tak tahu ajar ke?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..