Tuesday, March 3, 2015

Malas Membaca Punca Nurul Izzah Tak Paham Istilah Public Inquiry


Penggunaan istilah 'Inkuiri Awam (Public Inquiry) dalam urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya seperti yang kerap di mainkan oleh pihak pembangkang dan media pro- pembangkang adalah tidak tepat dan berniat jahat hanya untuk mengelirukan rakyat.

Istilah sebenar mengikut Seksyen 5, Bahagian Dua Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan adalah'Siasatan Tempatan' (Local Inquiry) yang mana ia adalah siasatan secara tertutup yang hanya melibatkan Kerajaan Negeri/ Pengundi di kawasan itu/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bahagian pilihanraya berkenaan yang membantah Syor Persempadanan Semula yg dicadangkan oleh SPR.
Ia bukanlah satu proses Siasatan yang tidak terbuka kepada umum yang seperti di mainkan oleh Pembangkang, kononnya semua orang dari seluruh negara boleh membuat bantahan.

Hanya pengundi di kawasan itu sahaja yang akan di libatkan dalam proses siasatan tempatan itu nanti, sebagai contoh, takanlah Nurul Izzah yang mengundi di lembah pantai, kuala lumpur layak dan untuk membantah persempadanan semula satu kawasan pilihanraya di parlimen batang sadong di sarawak, apa logiknya seorang pengundi lembah pantai buat bantahan di bukan kawasan dia mengundi?

Dalam hal ini, usaha pihak tertentu khususnya Nurul Izah, Bersih dan media pro pembangkang cuba mpengaruhi rakyat malaysia untuk turut serta dalam proses siasatan tempatan itu adalah tidak selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...