Tuesday, March 31, 2015

Sampai Bila Rakyat Perlu Dimomokkan Dengan Jawapan Menteri Tidak Bijak? @KPDNKK @NajibRazak


Bagi menjalankan tugas pemantauan kawalan harga barangan terutamanya selepas 1 April 2015 (esok), KPDNKK memerlukan lebih ramai pegawai yang perlu bekerja kuat selama dalam tempoh 6 bulan pertama GST selepas dilaksanakan.

Ini semua bagi memastikan pengguna tidak mengalami masalah berkenaan kadar harga barang² yang dikhuatiri bakal melambung dan dijual pada kadar yang tidak menentu pada ketika itu.

Namun sebagai pengguna hari ini, kita pula terpaksa memikirkan masalah @ dilema yang melanda KPDNKK yang ketandusan pegawai untuk mengawal harga barangan ketika ini. 

Dalam tempoh 6 bulan pertama, Dua jenis perayaan akan disambut iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Kebiasaannya alasan tidak cukup pegawai akan didengari pada musim perayaan namun kali ini awal² lagi Pak Menteri sudah memberitahu bahawa Kementeriannya kekurangan pegawai penguatkuasa untuk memantau kadar harga barangan.

IKLAN


Seperkara yang harus difahami oleh Pak Menteri dan pegawai² kanan KPDNKK adalah..

Alasan ni dah selalu sangat dengar. Dah tau pegawai tak cukup, mohonlah pertambahan pegawai. Sampai bila nak bagi alasan yang kurang matang ni?

Benda² ni semua kami sebagai rakyat tak nak tahu. Apa yang kami mahu adalah pelaksanaan yang telah dirancang dengan baik demi kepentingan rakyat sebagai pengguna.

Saya bukan nak tunjuk pandai ataupun berlagak serba tahu tetapi saya ingin kongsikan pandangan bahawa kenyataan daripada Pak Menteri tidak bersesuaian dengan keadaan semasa. Adalah lebih baik cari kenyataan yang tidak memedihkan hati pengguna, rakyat dan ahli UMNO. Atau lebih mudah sekiranya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh memperlihatkan Pengarah KDPNKK tak buat kerja.

Saya sarankan selepas ini Pak Menteri duduk senyap dan biarkan Pengarah KPDNKK berhadapan dengan rakyat untuk menjawab segala persoalan yang meresahkan pengguna.


SAYA SOKONG PELAKSANAAN GST !

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...