Full Width CSS

SKMM Harus Tutup Operasi BFM Radio @shaberyc @PDRMsia


Umum mengetahui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah sebulat suara bersetuju dengan pembentangan pelaksanaan hukum hudud di negeri tersebut dan cadangan mengenainya akan dibawa ke Parlimen dalam tempoh terdekat.

Namun beberapa hari lepas, pengguna media sosial tempatan dikejutkan dengan sebuah video jijik dan biadap yang diterbitkan oleh The Business Radio Station (BFM).


Di dalam video tersebut, pengacara wanita yang dikenali sebagai Aisyah telah memberikan pendapat dan kritikan biadap mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Secara sinisnya pengacara tersebut telah mempersendakan hukum Islam dengan cara yang biadap dan seolah-olah menggambarkan hukum Hudud ini boleh boleh mengisi periuk nasi di rumah.


"Bila sampai masanya, tak tahulah hudud itu boleh isi periuk nasi kita. Hmm tepuk dada tanya seleralah..". Sebagai seorang beragama Islam, saya merasakan ungkapan tersebut benar-benar mengguris perasaan sebagai umat Islam.

Tuduhan Aisyah yang mengatakan PAS menggunakan agama untuk mengaburi mata rakyat adalah sesuatu yang serius. Tuduhan sebegini memberi persepsi negatif kepada Islam.

Beliau juga turut memperlekehkan keadaan sosio masyarakat di Kelantan yang banyak terlibat dengan penyalahgunaan dadah, penceraian dan sebagainya. Apakah keperluan Aisyah sengaja mengulas sedemikian?

BFM Radio harus bertanggungjawab dengan video terbitannya dan saya berharap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menutup saja operasi radio berkenaan yang bukan saja cuba membuat provokasi tetapi sebenarnya lebih kepada menghina agama Islam.

Sebelum ini, BFM Radio sudah beberapa kali menemu ramah individu dan pemimpin mengenai pelbagai isu dan perkara sensitif yang jelas tiada manfaatnya kepada masyarakat.

Saya berharap SKMM dapat membuat keputusan yang baik demi menjaga hubungan antara kaum dan mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Ungkapan permohonan maaf tanpa menginsafi kesilapan diri.

Terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengambil tindakan segera terhadap pengacara dan BFM.

Post a Comment

2 Comments

  1. Saya sokong pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pengurus, penerbit dan wartwan BFM yang telah menghina Islam dan orang Islam dan membatalkan lesen BFM untuk memelihara keamanan negara ini.

    ReplyDelete
  2. SKMM nak tutup BFM? jgn harap le sbb menteri x ada telor...itu je aku boleh cakap.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..