Thursday, March 26, 2015

Time Menteri Nak Bagi Taklimat #1MDB & #GST, Rafizi & Tony Phua Hilang


Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.
Semasa sesi penggulungan oleh YB Menteri, hanya beberapa ahli parlimen pembangkang saja yang bangun bertanya soalan antaranya ahli parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, ahli parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.

Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.

Baca lagi di sini

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...