Full Width CSS

Untuk Elak Pakatan Pecah, PAS Ugut DAPig & PKR Untuk Setuju Dengan #Hudud

Pas bertindak memberi kata dua kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya bersetuju dengan langkah parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika tidak mahu kerjasama antara pakatan pembangkang terlerai.


Kenyataan tegas itu dibuat seiring dengan pendirian Pas untuk tetap membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok walaupun ditentang keras rakan sekutunya.

Malah Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam nada tegas berkata, pemimpin DAP serta PKR tidak perlu mempersoalkan keputusan Pas kerana Enakmen Jenayah Syariah Kelantan adalah hak orang Islam dan tiada kena mengena dengan bukan Islam.

“Untuk elak pakatan pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap Enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana itu adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.

“Lagipun mereka (Kerajaan Pas Kelantan) telah melakukannya melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama,” kata Tuan Ibrahim menerusi laman Facebook beliau di sini hari ini.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan DUN Kelantan lebih 20 tahun lalu, tetapi kembali dibentangkan berikutan terdapat beberapa pindaan melibatkan orang bukan Islam serta hukuman ke atas kesalahan zina dan liwat.

Selepas pembentangan di DUN, Pas merancang untuk melanjutkan pembentangan di Dewan Rakyat menerusi rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan hudud.

Namun, usaha Pas itu ditentang keras DAP dan PKR meskipun selepas kematian Karpal Singh yang cukup terkenal dengan amarannya supaya Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika bercita-cita mahu melaksanakan hudud serta negara Islam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, sokongan yang diberi UMNO terhadap usaha Pas tiada sebarang kaitan dengan dakwaan kononnya kedua-dua parti terbesar orang Melayu tersebut mahu bergabung, sebaliknya sokongan berkenaan dibuat atas dasar agama.

“Jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan Pas kerana (hudud) perkara wajib bagi umat Islam, ia mesti sama dari sudut penerimaan serta beriman dengannya dan mesti disokong,” katanya.

Post a Comment

0 Comments