Full Width CSS

#AirAsia Perlu Pindah Terminal 1 Kota Kinabalu Demi Keselesaan Penumpang


Kadang² banyak perkara yang menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan bukan disebabkan kesilapan ataupun kekurangan pada pihak kerajaan itu sendiri. Most of it berpunca daripada pihak ketiga ataupun pihak yang mengendalikan perkhidmatan yang membawa imej kerajaan bersamanya.

Ini isu melibatkan kepentingan pengguna di Kota Kinabalu, Sabah yang menjadi buah mulut penduduk tempatan yang merasa keliru dengan keadaan semasa ini.

Barangkali bagi sebilangan besar pengguna / penumpang syarikat penerbangan tambang murah AirAsia tidak menyedari bahawa isu dalaman yang berlaku antara kerajaan Pusat dan syarikat tersebut berhubung perpindahan operasi dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Jika menurut plan asalnya, AirAsia perlu berpindah ke Terminal 1 yang mampu mengendalikan lebih 9 juta penumpang setahun ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2015 yang lepas tapi perkara ini tak menjadi kenyataan disebabkan beberapa perkara, antaranya..

a) Airport Tax - Terminal 2 RM32 tapi di Terminal 1 RM65.
Menurut AirAsia, caj tersebut mahal berbanding caj semasa di Terminal 2 sekarang ini dan permintaan AirAsia agar kadar caj di Terminal 1 dikurangkan seperti harga asal. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi pula berkata, kerajaan kena mematahui peraturan antarabangsa yang menetapkan kadar caj yang sama dikenakan kepada semua syarikat penerbangan dan tidak boleh pilih kasih dalam soal ini.

b) Sistem Check In - AirAsia membangunkan sistem sendiri
AirAsia menggunakan sistem daftar masuk mereka sendiri dan tidak menggunakan sistem daftar masuk bersama yang disediakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).


Perkara ini sedang dipertimbangkan oleh kerajaan untuk mengintegrasikan sistem AirAsia ini dengan sistem sedia ada. Pada pertimbangan orang ramai yang memahami perkara ini, sudah pasti ia menyusahkan kerajaan pula. Kerana terpaksa berdialog dan memujuk AirAsia bagi memahami hasrat dan harapan penumpang setia mereka.

Apalah salah sekiranya AirAsia menampung sedikit kerugian berkenaan caj penumpang yang dikenakan sedikit mahal yang tentu sekali tidak akan mengganggu operasi keseluruhan syarikat ini. Secara peribadi saya tak pasti bagaimana AirAsia mahu menangani isu ini kerana yang pasti adalah keselesaan penumpang menikmati prasarana yang disediakan kerajaan harus diutamakan.

Sama juga seperti AirAsia sebelum ini beroperasi di LCCT yang jauh lebih daif berbanding di KLIA 2 hari ini. Dua perbezaan lapangan terbang yang ketara yang pastinya hari ini, penumpang AirAsia dapat menikmati keselesaan ketika berada di kawasan pelepasan / ketibaan yang jauh lebih adorable dan cantik. Sama juga isunya di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tu.

Pindah je lah AirAsia, tak perlu main cak cak dengan kerajaan. Do respect govt yang bagi you permission fly frequently to any local destinations.

Post a Comment

2 Comments

  1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/03/01/airasia-too-good-to-last-for-sabah-sarawak/

    ReplyDelete
  2. http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=88464

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..