Thursday, April 9, 2015

#KTMB Failed : Dah 3 Tahun KVDT Tak Jalan² Lagi Ni


Ini semua bala yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) apabila projek yang sepatutnya dijalankan dengan peruntukan besar tetapi tidak dijalankan sebab ada bos dalam GLC sengaja tangguh²kan.

Sedar tak sedar akibat daripada perbuatan ini ia bakal memberikan impak negatif kepada kerajaan yang telah berjanji kepada rakyat untuk membangunkan pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam dalam keutamaan kepada rakyat khususnya.

Namun realiti yang terpaksa dihadapi adalah sikap sambil lewa dan sekadar duduk menung terima gaji & elaun saban bulan seorang bos di GLC ini bakal menyebabkan kejadian seperti dinyatakan di atas boleh berlaku sekiranya kita sendiri gagal berubah.



Projek naik taraf Klang Valley Double-Tracking (KVDT) kedengaran agak asing bagi kita sebagai rakyat Malaysia. Apa kejadahnya benda tu? Meh tambah pengetahuan sikit.

Pada Mac 2013, kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah keluarkan surat 'Letter of Intent' (LoI) kepada Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) bagi projek menaik taraf sistem KVDT dengan anggaran harga kos RM850 juta. Satu jumlah yang banyak, nak kira dengan jari pun memang takkan cukup.

Entah di mana misterinya, sehingga ke hari ini program ini tidak berjalan dan tergendala. Persoalanya salah siapa projek ini tidak bergerak?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, surat LoI telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada konsortium MRCB-DMIA JV dan bajet telah diluluskan pada Jun 2012 di bawah program National Key Result Areas (NKRA). Objektif utama projek KVDT ini adalah untuk menaik taraf sistem tren Komuter yang sedia ada hari ini bagi keselesaan dan kemudahan hampir 200,000 pengguna setiap hari.

Namun kini, setelah hampir 2 tahun LoI dikeluarkan, pihak KTMB masih nyenyak diulit mimpi. Tidak ada sebarang usaha atau inisiatif yang dilakukan oleh KTMB untuk mempastikan projek ini bermula. Malah Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir juga dilihat membisu dan seperti ingin menghalang projek ini daripada berjaya.

Persoalanya lagi, kenapa ini harus terjadi?

Perlu diingat bahawa setelah LoI dikeluarkan kepada MRCB, pihak KTMB perlu menyediakan skop kerja (General Scope of Work) dan kemudian MRCB-DMIA JV akan menyediakan proposal berdasarkan skop kerja yang disediakan KTMB. Sehingga hari ini, apa yang terjadi kepada skop kerja yang sepatutnya disediakan oleh KTMB tiada sesiapa yang tahu.

So bila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi nak secara serius masuk campur tangan dalam isu ini? Nak biarkan ker atau takmo ambil tahu lagi?


Ini kerana perbuatan Presiden KTMB dilihat seakan² cuba untuk mensabotaj sesuatu perkara satu usaha yang baik oleh kerajaan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri untuk kesejahteraan rakyat. Mana-mana CEO atau Presiden GLC yang tidak dapat sama membawa aspirasi kerajaan wajar digantikan kerana mereka inilah nanti akan menjadi perosak kepada segala usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat.

Do it now or never


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...