Monday, April 6, 2015

#KTMB Memang Ada Target Nak Rugi Ya Saban Tahun?


Sama ada kebetulan ataupun memang dah nasib bangsa Melayu menjadi semakin teruk, saya sendiri kurang pasti. Tapi jika mahu diukur keupayaan orang Melayu pada zaman Empayar Melaka dahulu, bukan saja dikenali di negara serantau bahkan seantero dunia mengenali bangsa Melayu yang pernah memonopoli perdagangan antarabangsa pada ketika itu.

Jatuhnya Empayar Melayu Melaka pada ketika itu juga disebabkan ada si kitul yang menjadi perosak & kanser dalaman kepada bangsa ini. Jika tidak, manakan boleh Portugis menyerang sebanyak 13 untuk menembusi negeri Melayu ini.

Ini cerita Melayu pada ketika itu. Jatuh naiknya Melayu disebabkan orangnya sendiri. Bukan nak kata orang Melayu teruk tetapi ada di antara kita sebenarnya memang tiada perasaan sayangkan bangsa sendiri.


Contohnya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan salah satu syarikat yang diletakkan di bawah Government Link Company (GLC) telah mengalami kerugian sebanyak RM2.5 bilion sehingga tahun 2013 berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan disebabkan beberapa faktor antaranya adalah kos operasi yang tinggi.

Kajian yang dijalankan sehingga tahun 2008, KTMB telah mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM1.45 Billion. Namun dalam tempoh yang singkat iaitu 6 tahun, kerugian KTMB bertambah sebanyak hampir RM1.05 Billion di mana secara purata kerugian tahunan yang dicatatkan KTMB adalah RM 120 juta setahun.

Kat mana pula silapnya sekarang ni?

Apakah ini menunjukkan kegagalan keseluruhan staf KTMB atau KTMB memerlukan seorang kepimpinan yang baru dan boleh mengatasi rekod buruk kerugian yang dialami saban tahun. Staf hanya menjalankan kerja harian mereka seperti biasa namun kita perlu melihat kepimpinan yang sedia ada di dalam KTMB hari ini. Seolah² permasalahan (kerugian) ini tidak berpenghujung apabila Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir dilihat seperti 'redha' dengan ketidakuntungan syarikat milik kerajaan ini.

Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir

Memanglah KTMB dimiliki kerajaan dan umum juga mengetahui mengenainya. Tapi persoalannya janganlah sampai seronok sangat terima gaji & elaun bulan² tanpa ada rasa kasih sayang kepada syarikat GLC Melayu ini. At least carilah jalan bagaimana menjana & menggandakan keuntungan yang terbaik dan tidak bergantung harap kepada bajet tahunan kerajaan Malaysia semata².

Apakah KTMB juga bakal mengalami kerugian serta permasalahan yang sama seperti Malaysian Airlines (MAS)? Adakah rakyat Malaysia ingin melihat syarikat tertua di sini terpaksa bailout? Apa akan jadi sekiranya KTMB bailout?

Secara confirmnya ia akan menyebabkan keadaan kewangan negara semakin meruncing turun dan sekaligus menyusahkan rakyat apabila kerajaan mungkin terpaksa menarik balik subsidi-subsidi tertentu supaya dapat terus menampung kerugian KTMB.

Sekali lagi juga rakyat akan menjadi marah.

So sebelum rakyat menjadi semakin marah dan mengamuk tak tentu pasal, rasanya kerajaan Persekutuan boleh melakukan sesuatu supaya secalit perosak syarikat Melayu ini dibawa keluar segera sebelum ianya merosakkan keseluruhan KTMB. Jangan pula kerana seekor nyamuk Aedes, seluruh kelambu dibakar dan akhirnya hanya tinggal kenangan saja nama yang disanjung Keretapi Tanah MELAYU Berhad.

Bak kata seorang kawan di dalam KTMB. 

"Keretapi tergelincir masih boleh dibetulkan semula tapi jika keretapi terbalik, susah kerjanya"

2 comments:

  1. macam2 hal sekarang ni. Byk yg tak guna duduk dlm glc

    ReplyDelete
  2. Bro..gua pon orang transport...Malaysia negara kechik. Orang prefer naik BMW Mercedes honda proton perodua dari naik keretapi. Dah tu jarak/distance dekat2. Bab cargo pula pengimport lebih prefer haulage companies chepat do to door pakai konsep JIT iaitu Just in time..exporter pun dua kali lima juga..bahasa mudah KURANG TRAFIK..so korang mangkok2 semua kalau tak tahu demografic statistics and pattern, human preference, economies of scale on cargo movement USAH sembang dan komen la.....yg aku tak faham pasai apa anak Kadiaq ni nak duduk kat KTMB yg payah nak untung tu...tutop KTMB lagi bagus tak buang duit

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...