Full Width CSS

Lelaki Serawak Sahut Cabaran Rani Kulop Untuk Bertumbuk


Orang Malaysia semakin hari semakin kuat. Pantang perkara remeh dibesar²kan sehingga nak bertumbuk bagai.

Ini hal semasa yang berlaku. Abdul Rani Kulup memberitahu media bahawa dia akan menumbuk sesiapa saja yang menghina dan mengkritik Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Tanpa disangka² kenyataan beliau tersebut telah dibaca oleh seorang lelaki Serawak yang dikenali Kris Iskandar yang kelihatan secara fizikalnya lebih sado daripada Rani Kulup.

Menurut Kris Iskandar di Facebooknya,

Jawapan dari Sarawak. Cabaran disambut baik. Kalau dia mau, kalau dia berani... just say when and where. Dia jual sya beli. Pecah muka terabur gigi dia tanggung sendiri. Itu cermin mata sya ambik gantung kat rumah panjang. Cincin & jam sya jual lelong. Bukan nak takbur. Tpi org dah jual sya beli. Sya bukannya muda lagi umur dah lepas 40an. Tpi sya geram kerna Najib Razak tak setuju bagi kenaikkan royalti minyak kpd Swak baru2 ini. Sya as a Sarawakian mmg kritik decision Najib. Keluar plak kenyataan mamat ni dia akan tumbuk sesiapa yg berani kritik Perdana Menteri dia. Wow! Nya wakil Najib lah tek. Aku tok wakil Adenan lah mun cam ya. Apa gik tumbok jak sampei leput sak puas ati. Bring it on!

Namun kenyataan Kris Iskandar tersebut tidak dijawab lagi oleh Rani Kulup. So sama² lah kita nantikan adakah perkara ini akan menjadi kenyataan ataupun sekadar retorik Sri Iskandar yang hanya mengambil populariti daripada Rani Kulup.

Saya cadangkan kedua² mereka bertumbuk di hadapan Polis yang bertindak sebagai orang tengah. Di akhir nanti, Polis boleh buat tangkapan terhadap kedua²nya sekali.

Useless..

Post a Comment

0 Comments