Full Width CSS

Polisi & Pemikiran Perlu Berubah Seiring Kemajuan Negara #AnakKL @razlanrafii


Hari ini polemik politik dan sosio ekonomi terutamanya melibatkan rakyat semakin hari semakin berubah dan jauh lebih ke hadapan berbanding sebelum ini. Begitu juga dengan pembangunan negara yang dipacu maju bergerak pantas. Seiringan dengan itu, keseimbangan antara pembangunan dan rakyat perlu distabilkan agar kedua-duanya tidak terjejas apabila ia melibatkan kepentingan umum.

Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pernah berkata bahawa kononnya Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir tak suka cara kerajaan Persekutuan hari membantu meringankan bebanan rakyat dengan cara mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Menurutnya ia merupakan polisi yang teruk dan dianggap seperti tak perlu diadakan.
Dalam soal ini, kita boleh membangkitkan rasa ketidakpuasan hati dengan cara pelaksanaannya. Itu bagi diri kita namun bagi orang yang benar-benar memerlukan, ia merupakan satu rahmat yang sentiasa disyukuri.

Dalam polisi kerajaan hari ini, semuanya berkisarkan kepada kepentingan buat semua golongan dan ianya dilaksanakan atas makluman serta mengambil kira pandangan daripada pelbagai peringkat rakyat.

Sebagai contoh :

  1. BR1M dilaksanakan untuk membantu golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Sudah pasti sedikit sebanyak ianya meringankan bebanan ditanggung hari ini.
  2. Cukai Pendapatan dinaikkan kadarnya RM4,000 (sebelum RM3,000) kerana mengambil kira bebanan golongan berpendapatan sederhana.
  3. Perumahan Kos Rendah ditingkatkan melalui agensi-agensi kerajaan seperti SPNB, FELDA, FELCRA, KKLW khas untuk membantu penduduk di luar bandar membina kediaman yang lebih selesa.
  4. Perumahan Mampu Milik dibina untuk golongan yang berpendapatan sederhana tinggi terutama yang menetap di kawasan bandar.

Ini di antara puluhan dan barangkali ratusan tawaran yang diciptakan dan diberikan daripada rakyat untuk rakyat pelbagai peringkat golongan. Sebagai anak muda yang merasai nikmat pembangunan dan kemajuan negara di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir, kami amat bersyukur dan berbangga kerana boleh melihat negara Malaysia membangun dengan pesatnya. 

Tapi hari ini, seperkara yang kita perlu memikirkan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kos sara hidup yang tinggi. Berbincang tanpa ada pengutaraan keputusannya, sudah tentu tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Dalam masa yang sama juga, pemimpin senior dan hari ini perlu duduk semeja memikirkan bagaimana cara untuk mengawal dan menggunakan subsidi buat mereka yang memerlukan. Agar rakyat tidak dibebankan dengan kos sara hidup yang melampau.

Teringat petikan lagu..

“Gaya hidup kini dah berubah,
Anak-anak terasuh mindanya,
Lahir generasi bijak pandai..”

Gaya hidup hari ini dah semakin berubah dan semakin jauh ditinggalkan perkara yang lepas. Apa yang pasti, semakin jauh kita menuju kemajuan semakin berubah juga polisi dan pemikiran.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
16 April 2015

Post a Comment

0 Comments