Full Width CSS

Pulak Dah Pesawat #MAS Nyaris Bertembung Di Udara


Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines (KUNA) di ruang udara Pakistan pada Isnin.

Agensi berita Arab Saudi melaporkan, kejadian itu berlaku ketika pesawat MAS itu dalam perjalanan menuju ke London manakala pesawat Kuwait Airlines dalam perjalanan ke Islamabad.

Pihak berkuasa Penerbangan Awam Pakistan dilaporkan berkata, insiden itu berlaku di wilayah Zhob di barat daya Pakistan yang berpunca daripada isyarat kawalan trafik udara yang lemah.

Setakat ini, kedua-dua syarikat penerbangan itu belum membuat sebarang kenyataan media berhubung insiden itu.

Kejadian sama hampir berlaku pada minggu lepas apabila dua pesawat yang berpangkalan di UAE dilaporkan syaris bertembung di Lautan India ketika di bawah pengawasan menara trafik udara Mumbai.

Pesawat Emirates dan Etihad Airways dilaporkan terbang terlalu dekat ketika menuju ke Kepulauan Seychelles menggunakan laluan baharu bagi mengelak ruang udara Yaman yang sedang bergolak.

UPDATE : 

Dakwaan tersebut disangkal oleh MAS yang mengatakan hal itu tidak berlaku di kawasan yang dilaporkan sebelum ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. PUTRAJAYA 7 April - Malaysia Airlines (MAS) menafikan laporan sebuah agensi berita yang mendakwa sebuah pesawat syarikat penerbangan itu nyaris berlanggar dengan pesawat milik Kuwait Airlines di ruang udara Pakistan Ahad lalu.
    MAS dalam satu kenyataan berkata, laporan oleh arabianbusiness.com itu tidak benar sama sekali kerana MAS tidak lagi menggunakan ruang udara Pakistan dalam penerbangannya kerana terlalu berisiko untuk pesawat komersial.
    “MAS menafikan laporan tidak bertanggungjawab portal tersebut yang mendakwa pesawat MAS dalam penerbangan ke London nyaris berlanggar dengan pesawat Kuwait Airlines yang menghala ke Islamabad pada Ahad lalu.
    “Kami tidak lagi menggunakan ruang udara Pakistan sejak awal tahun ini selepas Agensi keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) memaklumkan ruang itu terlalu berisiko untuk pesawat komersial menerusi Buletin Maklumat Keselamatan (SIB).
    “Kami menggesa portal tersebut menarik balik laporan tidak bertanggungjawab itu dan memohon maaf secara terbuka kepada MAS. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mana-mana pihak yang cuba mencalarkan reputasi MAS," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
    Semalam berita palsu mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial dengan mendakwa insiden itu berlaku di wilayah Zhob di barat daya Pakistan berpunca daripada isyarat kawalan trafik udara yang lemah. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..