Full Width CSS

Hentikan Kempen Menjatuhkan Institusi Islam & Melayu @Tabung_Haji


Hentikanlah kempen sia² untuk keluarkan wang deposit daripada Tabung Haji. Fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab untuk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua.
Ada beberapa isu perlu difahami sebelum buat apa² keputusan yang tidak bijak:
1. Semua duit deposit dijamin oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalau pun betul dakwaan rugi).

2. Lagipun Tabung Haji mempunyai dana sebanyak RM56 Billion atau RM56,000 juta. Pelaburan Tabung Haji dibuat berdasarkan strategi "alokasi aset" yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah. Daripada jumlah ini alokasi atau peruntukan untuk sektor pelaburan hartanah adalah 15-20 peratus atau kira² RM11 billion.

3. Sejak 10 tahun dulu, Tabung Haji tidak pernah gagal bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi. Kadar dividen Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan mana2 tawaran pelaburan di mana2 institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. Bahkan risiko pelaburan amat rendah (atau hampir tiada lantaran jaminan yg diberikan kerajaan) berbanding mana² dana amanah yg lain.

Tahun lepas sahaja 8.5 peratus bonus (6.25% bonus tahunan dan 2% bonus haji) diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak zakat. Maknanya tidak perlu lagi bimbang soal tanggunjawab zakat kerana telah dibayar bagi pihak pendeposit.

4. Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8% sehingga 9.5% iaitu bersamaan keuntungan secara kasar kira2 RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta.

5. Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik yang kita tahu harganya akan naik tinggi selepas beberapa bulan atau tahun, apakah kita beli kerana rumah itu atau kerana penjual rumah.

6. Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya kerana dua sebab;


Pertama: Untuk terus bagi pulangan dividen yg tinggi pada pendeposit khususnya yang melibatkan pendeposit yang simpan duit di Tabung Haji bagi tujuan pelaburan kerana sudah menunaikan haji. Menurut Tabung Haji mereka dalam kategori ini adalah yang paling ramai iaitu 8.1 juta pendeposit dengan jumlah dana RM32 billion. Kena juga ingat 2014 keuntungan drp pelaburan adalah RM3.2 billion.

Kedua: Untuk terus memberi subsidi pada jemaah haji yang hanya memerlukan mereka bayar RM9,980 berbanding kos sebenar haji RM17,270 bagi setiap orang. Ini bermakna Tabung Haji subsidi RM7,290 setiap orang atau berjumlah RM120 juta bagi tahun 2015..

Justeru hentikanlah kempen² sebegini yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu. Jangan hanya mudah percaya pada maklumat² yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah.

Amalkan prinsip 'tabayyun' atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu² maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah. Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik. Jangan pula nanti kita diibaratkan "menang sorak kampung tergadai".

Post a Comment

4 Comments

  1. Melayu...
    menang sorak kampung tergadai..!!

    ReplyDelete
  2. Dah la bodoh..nak bodohkan orang lain lagi..patutnya tabung haji bagi orang bukan Islam simpan dalam tabyng haji..dah yang Islam pon tak nak simpan..tgk la sapa paling kuat melalak

    ReplyDelete
  3. Simpanan TH dijamin Kerajaan......bunyinya sedap.
    Tetapi....masaalahnya Kerajaan la ni boleh ke dipercayai.

    Siapa yang harus dipersalahkan.

    ReplyDelete
  4. tentera2 Dajjal dah mula demontrasi ingin menghancurkan empayar melayu/islam..geng DAPig .

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..