Wednesday, May 6, 2015

MCA & #BarisanNasional Wajib Buat Laporan Terhadap SPR @PDRMsia Berkenaan Poster Perkauman PKR #PRKPermatangPauh


PKR jelas kian terdesak apabila terpaksa memainkan isu perkauman berkenaan GST di Permatang Pauh.

Beberapa billboard kempen PKR dikesan telah dinaikkan di beberapa kawasan dalam Parlimen terbabit yang memaparkan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie membuat kenyataan seperti tertera yang berbunyi.

"Melayu Bayar Lebih GST.
GST Manfaatkan Kita (Orang Cina)"

Sedangkan kenyataan tersebut adalah kesilapan pengarang dari akhbar China Press dan telah dikemukakan permohonan maaf kepada Heng Seai Kie dan semua pihak.


Permainan busuk berbaur politik perkauman ini sengaja dimainkan oleh puak PKR & DAPig bagi mewujudkan rasa benci di kalangan pengundi Melayu terhadap orang Cina dan dalam masa yang sama terhadap Barisan Nasional (BN) tentunya.

Tak sangka pula selama ini Pakatan begitu lantang menyuarakan bahawa mereka adalah parti yang begitu suci murni tidak pernah mengutarakan isu² ataupun kenyataan berunsur perkauman di depan rakyat tetapi kali ini mereka sengaja membuat provokasi dalam bentuk sebegini.

Jelas kelihatan PKR sudah mula terdesak dan terpaksa memainkan isu perkauman bagi meraih sokongan terhadap mereka. Walhal sebenarnya ia adalah perbuatan yang tak berbaloi dan merosakkan hubungan antara kaum di dalam Parlimen Permatang Pauh itu sendiri.

Jika PKR menang sekali pun, adakah ianya boleh mengharmonikan suasana tegang yang dicetuskan oleh mereka sendiri.

MCA & BN perlu membuat laporan terhadap SPR dan juga kepada pihak Polis kerana billboard kempen PKR ini berunsur fitnah yang boleh membuat orang ramai terkeliru dengan kenyataan² tersebut dan boleh mewujudkan suasana kurang senang kalangan kaum.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...