Monday, May 4, 2015

MIROS Diminta Bekerjasama Dengan @PDRMsia Teliti CCTV Highway #DUKE @AKaprawi

Datuk Aziz Kaprawi mendukung anak kepada Allahyarham yang terkorban tempoh hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan di lebuh raya pada waktu malam khususnya ketika hujung minggu.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Aziz Kaprawi ini semua bertujuan untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan dan menyelamatkan lebih nyawa.
"Kejadian nahas di Lebuh raya DUKE tidak seharusnya berlaku jika pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan berhemah serta tidak melanggar undang-undang hingga mengorbankan orang yang tidak berdosa.

"Saya juga sudah mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk membantu polis dalam siasatan nahas berkenaan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan sama ada terdapat unsur jenayah seperti yang didakwa, " katanya.


Sementara itu Polis Trafik Kuala Lumpur memberi jaminan bahawa siasatan kes kemalangan di Lebuhraya DUKE pada 2 Mei akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Fuad bin Abd Latiff yang berkata Cawangan Trafik Kuala Lumpur telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

“Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa."

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid dalam reaksinya berkata, memberi amaran kepada pihak yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) pada Sabtu lalu yang mendakwa ada ‘orang dalam’ bahawa mereka tidak akan mudah terlepas.

“Jangan ambil mudah apa yang berlaku, konon ada pihak yang berkata ini boleh dirundingkan, ini bukan soal berunding, ini soal nyawa.

“Jangan ingat konon ada ‘orang dalam’, saya akan pastikan ‘orang dalam’ itu pun diambil tindakan jika ada," ujarnya tegas sambil menyifatkan kejadian ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pengguna jalan raya mematahui peraturan yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...