Friday, May 8, 2015

Pembelian Tanah 1MDB oleh @Tabung_Haji dari Perspektif "Risk Management"


Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang,terutamanya DAPig yang mengatakan bahawa pembelian satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji merupakan satu risiko yang tinggi menunjukkan pihak DAPig cuba menyembunyikan fakta bahawa bagi setiap syarikat korporat, semua pelaburan yang dilakukan mempunyai risiko dan syarikat akan mengenal pasti bagaimana cara untuk mengurangkan risiko tersebut.

Ini dipanggil Risk Management. 

Bagi pembelian tanah TRX, 5 risiko telah dikenalpasti dan ianya merupakan "common risk" dalam mana-mana pelaburan hartanah dan tidak ada kaitan kononnya TH "bailout" 1MDB. Risiko tersebut adalah:

1) Risiko yang digariskan adalah risiko pelaburan hartanah di Kuala Lumpur. Mana mana syarikat akan berdepan risiko yang sama apabila melabur disektor hartanah pada masa sekarang. Ini bukan isu 1MDB atau Tabung Haji.

Jika syarikat developer lain pun akan menghadapi risiko perniagaan yang sama. Tidak timbul isu TH mengambil beban 1MDB.

2) Sumber mengatakan pelabur asing tidak berminat adalah andaian yang dibuat dalam report TH, bersumberkan majalah The Edge yang sememangnya diragui kredibilitinya dan terlalu kritikal dan negatif terhadap kerajaan

3) Kos pembinaan, juga ialah isu semasa. Tiada kaitan dengan sebarang salah tadbir 1MBD atau TH. TH telah menggariskan pelan untuk menawarkan tender terbuka yang kompetitif bagi kontrak pembinaan projek tersebut.

4) TH melabur terlalu banyak pada 1MDB. Isu ini juga tidak timbul kerana 1MDB adalah milik negara dan pelaburan terbaru ini juga adalah pelaburan pembelian dan pembangunan hartanah dimana TH sendiri memegang hartanah tersebut atas nama TH.

5) TH juga mempunya Put Option untuk menjual semula hartanah ini kepada 1MDB atau pihak lain jika pelan pembangunan kawasan TRX tidak diluluskan atau tidak berjalan.

Bagi saya langkah TH untuk membeli TRX merupakan satu investment decision setelah mengambil kira segala faktor diatas termasuk juga pulangan dari pelaburan tersebut. Perlu diingatkan bahawa bagi setiap jemaah haji yang TH bawa, TH memberi subsidi sebanyak hampir RM 8,000 seorang.

Jika TH tidak mencari peluang pelaburan dan pendapatan yang lain, akhirnya yang akan rugi ada pencarum/jemaah haji itu sendiri kerana terpaksa membayar kos haji yang lebih tinggi.

Jadi biar TH mainkan peranan mereka. Mereka tahu apa yang mereka buat demi kebaikkan umat beragama Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...