Tuesday, May 19, 2015

Pembinaan Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu Ogos Ini - Aziz Kaprawi @AKaprawi


Pembinaan pusat kawalan trafik udara baharu bernilai RM700 juta di Sepang dijadual bermula Ogos ini dan dijangka siap dalam tempoh 38 bulan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata kerajaan kini dalam proses memindahkan Operasi Kawalan Trafik Udara Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (KL FIR) dari Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) sekarang di Subang, ke kawasan padang hijau baharu bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau berkata tender terbuka untuk reka bentuk, membekal, memasang, menggabung, menguji dan mentauliah sistem Navigasi dan Surveilan/Pengurusan Trafik Udara (CNS/ATM) untuk projek ini akan ditutup 1 Jun.

"Sistem ATM baharu, bila ditauliahkan, akan merupakan antara sistem yang paling maju dengan ciri-ciri operasi dan keselamatan yang canggih direkabentuk dengan mengambil kira faktor kemanusiaan," kata beliau dalam ucapan perasmian Mesyuarat ke-9 Ketua-ketua Pengarah dan Kumpulan Kerja Pakar dalam Penerbangan Awam D-8 di sini Isnin.

Beliau berkata sistem itu akan turut mempunyai keupayaan menampung pertumbuhan trafik udara yang beroperasi di KL FIR hingga tahun 2028 dan selepas itu.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...