Friday, May 8, 2015

Pemuda UMNO Jangan Malukan Diri Sendiri Boleh Tak? #TabungHaji #KekalNajib


Bila membaca kenyataan Pemuda UMNO Malaysia berhubung isu pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji (TH) di kawasan segi tiga emas, saya tersenyum jer. Kerana tak sangka Pemuda yang begitu terkecut semasa di 2 PRK yang lepas hari ini lantang cuba membelasah syarikat milik kerajaan ini.

Yang lebih lantang sekali Ketua Penerangannya si Jamawi Jaafar yang begitu konsisten persoalkan isu² membabitkan kepentingan TH. Tapi bila melibatkan isu² kepentingan parti, kerajaan Barisan Nasional (BN), Jamawi Jaafar agak tenggelam mungkin kerana suaranya tidak didengari atau sebenarnya memang sengaja menyepikan diri untuk menjawab isu² semasa daripada kalangan rakyat.

Saya ni tak begitu pandai nak menjawab soalan daripada isu ini tetapi saya mungkin boleh tolong berikan sedikit penerangan dan pencerahan berhubung isu yang sedang hangat ini. Balik kepada asasnya yang lebih mudah difahami oleh semua peringkat golongan. Ini pendapat saya bukan pendapat TH.

Pertama.
Isu yang diungkitkan ini adalah berkaitan dengan 1MDB atau dalam bahasa mudahnya ramai orang bertanya kenapa TH berurus niaga dengan 1MDB padahal syarikat tersebut tak mendatangkan apa² keuntungan untuk kerajaan (itu kata Pembangkang). 

Meh kita tolak sikit isu 1MDB tetapi kita lihat kepentingan TH membeli tanah di kawasan segi tiga emas, Bukit Bintang Kuala Lumpur. TH bukan baru ditubuhkan semalam atau 2 tahun lepas tetapi sudah menjangkau usia lebih 52 tahun. Aset yang dimilikinya jauh lebih banyak dan kejayaan yang ditempa jauh lebih membanggakan hari ini.

Salah ker TH membeli tanah bernilai RM 188.6 juta yang jauh lebih murah dengan keadaan infrastruktur lengkap tanpa perlu memotong pokok, menurap jalan raya dan membuat terowong bawah tanah untuk kerja² pembangunan. Berbaloikah dengan nilai RM 2,774 sekaki jika hendak dibandingkan dengan tanah lain di Kuala Lumpur yang jauh lebih mahal. Bagi saya, ia amat berbaloi.

Contoh nilai tanah sekaki di dalam kawasan segi tiga emas:

Hotel 4 Season - RM 3,300 sekaki
Seri Melayu - RM 3,299 sekaki 

Harga di atas ini belum termasuk penurapan jalan atau penyediaan infrastruktur yang sewajarnya untuk pembeli. So nilaikanlah dulu.

Bros, just aim to 1MDB not TH lah.

Kedua.
TH membeli tanah ini bukan untuk dibangunkan sebagai tanah komersial atau shopping kompleks tetapi akan dibangunkan service apartment / condo kerana TH menerapkan nilai² keuntungan serta jual beli berasaskan sumber yang halal. Maksudnya jual beli secara terus bukannya sewa bulanan.

Ketiga.
Ada tiga nama yang dikatakan terlibat dalam 1MDB tetapi alangkah baik sekiranya Pemuda UMNO pergi adakan pertemuan secara terus dengan kepimpinan TH bagi mendapatkan jawapan yang sebenar.

Saya dimaklumkan ketiga² penama yang dinyatakan tersebut bukanlah individu yang membuat keputusan (decision maker). Untuk info, TH membuat direct deal dengan 1MDB Real Estate. 

a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB

b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB

Ketiga-tiga mereka ini tiada langsung kepentingan dengan keputusan penentuan harga jualan dan keputusan penjualan tanah ini.

Nanti saya cuba dapatkan quote daripada Pengurusan TH sendiri berhubung isu ini.

Keempat

Tidak timbul soal duit pendeposit digunakan 100% untuk membeli hartanah tersebut & mengakibatkan kerugian. Lihat dan fahamkan semula akad di antara TH dan pendeposit.

Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan konsep simpanan di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan/meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Kesan daripada kebenaran ini, TH/kerajaan akan menjamin wang yang diletakkan di bawah jagaannya.

Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan yang berlainan kepada para pendeposit.

Kelima.
Sungguhpun wang simpanan saya dalam TH tak begitu membanggakan tapi saya sebagai orang Melayu / Islam proud dengan apa yang TH dah buat untuk org Islam di Malaysia ni.

Jangan terikut perangai Pembangkang yang gemar jatuhkan kepentingan orang Melayu / Islam di sini. Sepatutnya Pemuda kerana tampil ke hadapan dapatkan penjelasan dan pastikan isu sebenar kemudian berdiri pertahankan TH bukannya sama-sama siram petrol.

Sudah berapa puluh malahan ratusan transaksi kejayaan yang dilakukan oleh TH dan third party dalam urusan jual beli serta pemilikan hartanah. Takkan kerana TH berurusan dengan 1MDB, segala kebaikan 52 tahun TH musnah begitu saja?

As i said early bros, aim to 1MDB not TH. Urusan jual beli antara TH & 1MDB very profesional bukannya atas dasar suka-suka dan sebagainya.

Nanti sambung lagi lah. Perasaan saya bercampur baur kerana malu dengan Pemuda UMNO yang tampil membuat kenyataan sedemikian rupa.


* lebih baik Pemuda UMNO fikirkan solution terbaik bagaimana menarik semula sokongan anak muda terhadap kerajaan terutama saluran 4, 5 & 6.

14 comments:

  1. bro....u lambat dpt maklumat....PPUM persoal benda yang ada asas...nk tumbang PRU 14 u sokonglah sampai rebah

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    Pemuda UMNO bertanya, so jawab la. Bukannya susah sangat, semua pelabur/penyimpan dalam Tabung Haji nak tahu juga sebab TH diamanahkan menggurus tabung dengan baik dan halal. Saya sokong tindakkan Pemuda UMNO, kadang-kadang kena direct juga mana boleh 'YES SIR' saja.

    MMS

    ReplyDelete
  3. Apa yang nak dikomen...??? Kau pembodek kuat Najib...!! Buat letih jerr...

    ReplyDelete
  4. Salah ke Pemuda UMNO bertanya? Apa guna pemuda rekrut ahli kalau sikap atasan gagal selesaikan isu utama...

    ReplyDelete
  5. Nampaknya PEKUNG 1MDB sudah mula bernanah dan berbau......

    Bukan saja PMU yang perlu menyuarakan kes 1MDB-TH ini, kami sebagai Rakyat biasa juga tidak puas hati dan perlu bersuara dengan transaksi yang dibuat secara rahsia ini dan merugikan ini. Kenapa perlu berahsia?

    Kenapa perlu TH beli dari 1MDB, bukankah lebih menguntungkan jika beli direct dari kerajaan? Tidakkah ini dilihat satu tindakan untuk bailout 1MDB?

    Tidak logik potong pokok, turap jalan dan buat terowong yang keluasan tanah seciput sampai RM 188.6 juta?

    Aku dah mula yakin dengan apa yang disuarakan dan dibimbangi oleh Tun M.

    Najib mesti membuat penjelasan yang jelas tanpa berdolak-dalik sebelum kami Rakyat biasa membuat keputusan pada PRU14.

    ReplyDelete
  6. KJ lulusan Harvard engko tak ajar anak buah kau google ke?

    ReplyDelete
  7. Admin bodoh mcm ahmad maslan serta najib...

    ReplyDelete
  8. emm pandai behujah nampak..pencacai umno..semua yang dibuat tak baik pun nampak baik..duit tabung haji tu semua mak bapak ko punye ke..akal letak lutut..mohon kad oku la lg bagus..

    ReplyDelete
  9. Tabikbro.. sokong penjelasan bgini!
    penerangan jelas mcm ni KJ tidak suka.. jumpa senyap2 mn der popular dn nmpak hero...Mahadeay lg benci taw.. cita2 nk tumbngkn Najib tergendala lg..

    ReplyDelete
  10. biasa la knee jerk reaction orang melayu...dah tak pandai nak memandai.mandai...

    ReplyDelete
  11. ketua bahagian pun ..jangan malukan diri sendiri..
    taw tak apa..solidariti masa berada saja..nak hidup katakan..

    ReplyDelete
  12. Sahabat saya ada sekeping tanah berkeluasan 16 ekar berstatuss reseb melayu , pembanunan rperumahan bercampur terlalu rancak dikawasan tersebut, mengikut lapuran penilai , hartanah tersebut dianggarkan RM5juta , boleh kah TH bantu kawan saya beli tanah tersebut dan bangunkan satu skimprmuahan bercampur khas untuk melayu dan penabung tabung haji yang diberikan keutamaan..

    Sahabat saya cuma rakyat biasa penyokong umno dan tidak ada kuasa membuat perintah seperyti Najib, TH boleh kah beli tanah kawan saya.

    ReplyDelete
  13. KJ for death !

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...