Sunday, May 3, 2015

Penduduk Gesa PM Najib Turunkan Harga Projek Perumahan Generasi Baru #FELDA di Parlimen Rompin #PRMRompin


Selepas pengumuman oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak semalam berhubung kepekaan kerajaan dan tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru.

Hari ini generasi baru FELDA bersama-sama menzahirkan harapan semoga harga jualan untuk 1,504 unit rumah berkenaan dikurangkan pada kadar yang berpatutan.
Semalam kerajaan menerusi Perdana Menteri mengumumkan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, DS Najib Tun Razak telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut pada harga RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli di mana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah serta tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

Kerajaan juga akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-tanah rancangan FELDA dan perkara ini akan terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...