Full Width CSS

Penggiat Sosial VS Timb. Ketua #UMNO Bahagian #Segambut


Seminggu ini saya melihat satu perkembangan isu yang begitu kompleks sehinggakan timbul pelbagai persepsi yang bersifat negatif dengan tersebarnya isu² tanpa kawalan terutama di laman media sosial.

Ini hal yang berlaku apabila terdapat sebuah video rakaman ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa di sebuah program tertutup di Institut Latihan UMNO (ILMU) di Janda Baik.

Hari ini orang² UMNO yang berjawatan perlu tahu dan sedar bahawa persepsi mereka selama ini terhadap penggiat media sosial bahawa kami ini adalah orang yang tidak berprinsip dan tidak boleh mengikut arahan kepimpinan parti adalah tidak tepat dan meleset sama sekali. Selama ini ramai yang beranggapan juga penggiat media sosial pro UMNO tidak boleh dipercayai dan diragui kesetiaan kepada perjuangan UMNO.

Namun setelah terkantoinya Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut yang membuat rakaman menerusi telefon bimbitnya di dalam program tertutup UMNO maka jelaslah bahawa parasit yang menghancurkan UMNO dari dalam adalah kalangan orang berjawatan. Malah lebih teruk lagi penyusupan parasit seperti ini semakin menjadi²  tanpa kawalan.

"Sack The President"
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut.

Pendapat saya mudah saja.

Pertama - Jika diberitahu tidak boleh diadakan rakaman, ikut saja arahan dan tak perlu cakap nak rakam untuk simpanan sendiri.

Kedua - Jangan biadap dan bacul duduk di sebalik video dan berani keluarkan kata² sedemikian. 

Ketiga - Jangan jadi parasit yang menjaja video kepada blogger yang berkepentingan dan tiada kesetiaan kepada UMNO terutamanya.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sebagai penggiat media sosial bahawa kami pernah menganjurkan perjumpaan di dewan yang sama. Arahan diberikan kepada semua peserta supaya tidak merakam dalam bentuk audio mahupun visual mengenai ucapan Perdana Menteri kepada semua yang hadir dari seluruh negara melibatkan lebih 350 orang.

Arahannya jelas dan mudah difahami seperti yang dinyatakan oleh urusetia program tertutup berkenaan.

Sehingga ke hari ini selepas perjumpaan penggiat media sosial pro UMNO / BN bersama Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak, tiada satu pun audio & video bertebaran di dalam media sosial. Bayangkan kami yang kerap berdampingan dengan media sosial boleh tahan diri daripada berbuat demikian.

Orang ramai terutama pemimpin UMNO harus mengubah persepsi mengenai penggiat media sosial seperti kami ini yang jauh lebih berdisiplin dan patuh kepada arahan serta tidak merasakan kepentingan menjatuhkan parti sebagai asas perjuangan di laman sosial.

Post a Comment

0 Comments