Full Width CSS

#1MDB Setelah Tabung Haji Kini Giliran Amanah Raya Pula Jadi Mangsa #DAPig @reezalmerican


Setelah Lembaga Tabung Haji (TH) dituduh cuba bail out / menyelamatkan 'hutang-hutang' 1MDB kini giliran Amanah Raya pula cuba dimangsakan oleh DAPig.

Isu TH berlarutan sehingga sebulan dan reda akhirnya dengan penjelasan demi penjelasan dari pihak pengurusan TH sendiri dan langkah akhir menamatkan spekulasi & persepsi negatif yang disebarkan kepada syarikat milik kerajaan tersebut dengan pengumuman penjualan semula tanah Tun Razak Exchange (TRX) kepada mana-mana syarikat berminat.

Tak mahu isu ini terus berlarutan, Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terus menjawab segala cubaan fitnah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen DAPig Tanjong, Ng Wei Aik merangkap mangkuk jamban paling useless.


Berikut tuduhan tak berasas yang tidak berdokumen sokongan pun terhadap beberapa perkara ini.

i - ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2bilion kepada 1MDB.

ii - Pinjaman ini diberikan selepas perlantikan Datuk Reezal Marican sebagai Pengerusi ARB.

iii - Pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan 4 % dan dikategorikan sebagai "IOU Bill".

Si pembuat fitnah ini hanya menggunakan istilah maklumat dalaman / informer terdiri daripada pegawai ARB sendiri menyalurkan maklumat kepadanya.

Sebagai rakyat, saya melihat ini hanya tuduhan yang berasaskan 'untung sabut timbul, takda untung tenggelam'. Ini strategi yang sama digunapakai oleh mereka Pembangkang agar kekalutan dan kekeliruan kalangan rakyat dapat dijanakan. Dalam masa yang sama sekiranya kementerian / agensi / syarikat melatah atau tidak bersedia dengan jawapan, pasti ia merupakan 'pelaburan' tohmahan yang berbaloi daripada DAPig.

Berikut jawapan balas dari Pengerusi ARB sendiri.

1. Saya meneliti dengan penuh minat tuduhan terbaru Ahli Parlimen Tanjong (Ng Wei Aik) terhadap diri saya dan institusi yang saya diamanahkan sebagai Pengerusi iaitu Amanah Raya Berhad (ARB). Saya suka untuk memperincikan tuduhan liar yang dibuat:-

i) ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2bilion kepada 1MDB
ii) Pinjaman ini diberikan selepas perlantikan saya sebagai Pengerusi ARB
iii) Pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan 4 % dan dikategorikan sebagai "IOU Bill"

2. Ng Wei Aik, seperti yang dilaporkan, GAGAL mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan ini dan hanya menggunakan frasa 'sumber dalaman' sebagai sumber.

3. Saya nak nyatakan secara JELAS, NYATA dan TERANG - bahawa TIDAK ADA sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB. Ianya sama sekali TIDAK PERNAH BERLAKU dan tak pernah dibawa utk mendapatka kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang saya pengerusikan selama ini.

4. Dengan demikian, tuduhan Ng Wei Aik ini adalah sesungguhnya berniat jahat, secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti saya sebagai individu - mahupun ARB sebagai organisasi.

5. Saya akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat YB Ng Wei Aik ini. Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja - kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej Amanahraya Bhd dan maruah saya secara peribadi.

Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas.
Pengerusi Amanah Raya Berhad


* kerja Wakil Rakyat Pembangkang terutama DAPig hanya menabur fitnah dan mencari salah.

Saya sarankan kepada ARB & DS Reezal, saman saja lahanat ni supaya segala spekulasi & persepsi negatif tidak bersebaran serta melibatkan banyak pihak pula nanti. Saman supaya pemimpin DAPig reti tutup mulut.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..