Full Width CSS

Air Dicatu Di Lembah Klang, Istana Selangor Ada Air?


Isu krisis air yang saban tahun menghantui warga Lembah Klang nampaknya tidak akan berakhir dek kerana Selangor mempunyai Menteri Besar yang arrogant. Hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat yang seakan lali dengan permasalahan air ini.

Tak tahu lah mana datang bodoh piangnya si Azmin Ali ni, bila mana kerajaan negeri mengambil ketetapan syok sendiri dengan membatalkan perjanjian penstrukturan air atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar terma Perjanjian Utama (HOA) yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu, ia adalah keputusan paling useless.

Konon² nya ia melibatkan isu pengambilan / pemilikan tanah-yang yang menjadi alasan 'kukuh' membatalkan perjanjian asal.


Keputusan Azmin Ali ini confirm akan menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang sepatutnya siap pada 2017 nanti.

Seolah² takut dengan bayang² sendiri, keputusan Azmin Ali hanya sekadar memperlihatkan dirinya mempunyai 'kuasa' mutlak dalam penentuan hala tuju perjanjian tersebut.

Posted by Rezqeen Hill on Tuesday, June 23, 2015

Rakyat menanggung bebanan. Kasihan kepada rakyat yang duduk di rumah flat / apartment terutama yang memang mempunyai masalah lif. Ditambah pula dengan bekalan air dicatu, pasti akan membuatkan rakyat tidak selesa.

Segala macam cukai telah dijelaskan dan rakyat akur mengenainya tetapi sekecil² isu air ini, kerajaan negeri gagal nak selesaikan. Agaknya sampai bila kemelut isu air ini akan reda?

Ini perlunya pihak Istana Selangor, campur tangan isu yang melibatkan kepentingan semua pihak (kecuali lah Istana Selangor memang ada air ketika air rakyat dicatu). Apabila pembesar negeri gagal menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan telah diakui sumpah ketika menggalas tugasan ini, maka titah kuasa Sultan yang harus digunapakai oleh semua pihak.

Anggapkan saja Menteri Besar Selangor dah gagal laksanakan tugas dan hari ini Sultan perlu melihat keperluan dan keutamaan rakyat sebagai satu perkara yang harus diutamakan. Tetapi andai Sultan turun padang melihat permasalahan ini, sudah sampai masanya Azmin Ali malu pada dirinya dan lebih baik letak jawatan daripada terus menebalkan muka.

Post a Comment

0 Comments