Full Width CSS

Cerita Sebenar Ibu Empat Beranak Jalan Imbi Sudah Dibantu #UMNOWP Tahun Lepas


Saja nak kongsi info & makluman mengenai story Ibu dan anak-anak terpaksa 'merempat' yang sedang viral di laman sosial hari ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Rafi Alli Hassan sebelum ini (tahun 2014) pernah terserempak sendiri dengan keluarga ini di lokasi yang sama seperti dimaklumkan di Jalan Imbi, Bukit Bintang. Ketika itu, ibu tersebut sedang sarat mengandung.


Untuk perkongsian bersama mereka merupakan warga asing (Myanmar). Memang seperti diceritakan, suaminya dipenjara tanpa diberitahu sebabnya. Prihatin akan permasalahannya, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan ini menghulurkan sumbangan peribadi dan keluarga ini telah dibawa ke agensi kerajaan terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Secara peribadi aku berharap sangat Lynn Musa periksa dan selidik dahulu sebelum membuat status berbaur provokasi terhadap agensi-agensi di bawah kerajaan. Jangan tahu cari salah orang, alangkah mulia sekiranya Lynn Musa bawa keluarga ini ke JKM terlebih dahulu untuk proses pendaftaran dan sebagainya.

Kalau dilihat pada ruangan komennya, banyak betul kecaman dan kutukan dilemparkan pembaca terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan agensi-agensi. Dek provokasi tidak berakal menyebabkan orang lain mendapat cercaan.


Add as friend di Facebook - REZQEEN HILL

Post a Comment

0 Comments