Full Width CSS

Hari Terbuka #KataKitaGST Disabotaj Exco Pemuda #UMNO ?? @KhairyKj @azwanbro


Sehingga artikel ini ditulis jam 930am, hanya Armand Azha / Razlan Rafii dan beberapa page Facebook Pemuda UMNO saja yang mempromosi Hari Terbuka #KataKitaGST anjuran sayap UMNO Malaysia ini.

Apa sudah jadi dengan Exco Pemuda UMNO Malaysia?

Penat berpuasa ker atau mereka sekadar membiarkan team Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) terkontang kanting mempromosikan program ini secara sendirian tanpa ada bantuan dari semua Exco Pemuda?

Mana pergi kempen daripada Ketua Penerangan Pemuda UMNO?
Mana pergi kempen daripada Biro Media Sosial (BMS) di bawah cybertroopers terbilang si Ibdil?
Mana pergi kempen daripada Naib Ketua Pemuda UMNO & Ketua Pemuda UMNO?

Takda sesiapa rasa bersalah ker tak promote program bertaraf nasional anjuran Pemuda UMNO Malaysia ini?

Ker Exco Pemuda hanya baca group What'sApp kemudian biarkan jer poster countdown ini tanpa disebarluaskan?

Harus diingat, program ini diadakan pada 30 JUN 2015 bersamaan dengan hari SELASA. Kebarangkalian untuk mendapatkan crowd yang ramai hadir pada waktu kerja adalah amat membimbangkan.

Saya lihat hanya selepas jam 8 am, baru terdapat sedikit usaha daripada sesetengah pihak barangkali mereka menerima pesanan ringkas daripada saudara Armand yang membuat blasting promosi program ini melalui What'sApp.




"Pada yang mahu berikan kritikan, pandangan dan cadangan terhadap GST, jom ke program Hari Terbuka GST ‪#‎KataKitaGST‬ pada 30hb Jun 2015, Pemuda UMNO Malaysia memberikan platform secara terus untuk anda suarakan isi hati anda bersama - sama Menteri yang bertanggungjawab. Jom! ‪#‎katakita‬"

Ayat di atas mungkin sudah diubahsuai sedikit supaya nampak lebih baik dan formal. Tapi tak kisah lah, sekarang Pemuda UMNO Malaysia perlu all out untuk promosi program ini supaya mendapat sambutan daripada golongan sasaran.

Saya Pemuda UMNO dan saya tak nak program ini tidak mendapat sambutan. Sebelum program ini dipanggil Program Syok Sendiri seperti Hari Terbuka tahun lepas tu, baca di sini. Adalah lebih baik kita perbaiki mana² part yang sepatutnya.

Ini niat nak tegur pasal SAYANG kat Pemuda UMNO dan tak nak nampak LEMAH sangat ! Kalau takleh nak terima, lantaklah. Masing² dah besar panjang.


Kepada pembaca yang berminat untuk hadir program ini, boleh terus ke Institut Latihan DBKL, berhampiran Hospital / Pusat Perubatan UKM, Cheras, Bandar Tun Razak, KL.

Post a Comment

0 Comments