Full Width CSS

Jamawi Serah Jawatan Ketua Penerangan Pemuda #UMNO Kepada @NajibRazak @khairykj


Bagaikan mencontengkan arang ke institusi Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Penerangan (lantikan) saudara Jamawi Jaafar bersuara sumbang selepas Majlis Penerangan Perdana UMNO Malaysia oleh Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak semalam di PWTC.

Perkara pertama yang saya fikirkan apabila selesai program, di mana semua orang berpuas hati dengan penerangan tersebut dan berazam untuk menyampaikan talking point ataupun bait² ucapan PM kepada ahli² UMNO dan orang ramai yang tidak dapat jemputan untuk hadir ke program tersebut.

Tapi peliknya juga bila terbaca kenyataan Ketua Penerangan sayap ni. Berikut artikel akhbar berdasarkan kenyataan daripada Jamawi Jaafar.

KUALA LUMPUR - Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung setiap perkara yang dibangkit serta dimainkan pembangkang ‎bukan sahaja ditunggu oleh seluruh ahli Umno, bahkan turut dinanti oleh masyarakat di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, penjelasan yang dibuat Najib membantu mereka memahami perkasa sebenar dalam setiap isu yang dibangkitkan.

Beliau turut berpendapat bahawa isu 1Malaysia Development Berhad yang dibangkitkan hanyalah putar belit pihak yang ingin menjatuhkan Najib.

"Presiden tadi ‎telah memberi penerangan berkenaan dengan isu-isu semasa kepada semua jentera termasuk Pemuda, Puteri, Wanita dan peringkat bahagian.

"Kami sudah dengar penjelasan beliau sendiri yang kami yakin dibuat secara ikhlas dan jujur. Banyak isu yang dijelaskan dalam program hari ini. Antaranya 1Malaysia Development Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmatan, isu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isu-isu lain," katanya ketika ditemui media selepas berakhirnya Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Beliau juga berharap bahawa Najib ‎dapat memberikan penjelasan tersebut kepada masyarakat.

"Inilah penjelasan yang ditunggu-tunggu selama ini khususnya masyarakat. Saya harap penjelasan ini dapat diberikan kepada peringkat bawahan.

"Berdasarkan apa yang berlaku di dalam program tadi, saya yakin beliau menerima sokongan penuh dari kami semua," ujarnya.

Kata beliau lagi, Najib turut menggariskan beberapa perkara lain dalam ucapannya.

"Presiden memberikan jaminan bahawa beliau akan terus menguatkan Umno, sekaligus mempertahankan hubungan dan kekuatan di peringkat akar umbi.

"Parti ini juga akan terus memperjuangkan nasib dan dasar orang Melayu di negara ini," katanya lagi. - Sinar Harian
__________________



Terasa amat pelik apabila membaca kenyataan tersebut. Jamawi minta PM sendiri turun ke bawah untuk memberi penjelasan lagi kepada rakyat?

Beliau juga berharap bahawa Najib ‎dapat memberikan penjelasan tersebut kepada masyarakat.

"Inilah penjelasan yang ditunggu-tunggu selama ini khususnya masyarakat. Saya harap penjelasan ini dapat diberikan kepada peringkat bawahan."

Apa kejadahnya PM kena turun padang lagi pula?

Apa guna jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Bahagian dan Sayap Pusat kalau perkara ini pun tak boleh disebarluaskan melalui mereka? Ker datang hanya untuk kejar glamour jer?

Come on lah Jamawi, semua perkara daripada sekecil² buah rambutan sehingga ke sebesar² Gunung Kinabalu, tetap mahukan PM uruskan semuanya ker. Apa dah jadi dengan jawatan lantikan yang diberikan kepada Jamawi jika isu² sebegini langsung tidak diperhalusi dengan baik.

Jawatan yang disandang Jamawi sekarang ini bukanlah jawatan yang perlukan pertandingan tetapi dilantik atas kepercayaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada dirinya untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Tetapi kalau tanggungjawab tersebut dilemparkan semula kepada Presiden UMNO, maka pilihan Khairy amatlah tidak tepat dan jelas tersasar jauh sama sekali daripada perancangannya.

Saya ingin nasihatkan kepada Ketua Pemuda UMNO, saya sebagai ahli Pemuda UMNO Bahagian jelas terkilan sama dengan reaksi balas Jamawi. Sudah tiba masanya Khairy buat keputusan lebih bermutu tinggi. Cari calon Ketua Penerangan yang benar² boleh buat kerja dan orang tersebut tak perlu ada nama serta popular tetapi yang penting bermisikan satu matlamat iaitu menyampaikan / menerangkan maklumat dan melawan semula fitnah Pembangkang.

Nyampah lah nak ulas banyak². Nanti depa dok ulang silap benda yang serupa ja.

Post a Comment

4 Comments

  1. Susah sangat ke Najib nak maklumkan pada rakyat? Ini masaalah 1MDB bukan UMNO.Jangan Najib palitkan sekali masalah 1MDB dengan UMNO.

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO,MEMANG PATUT PUN NAJIB KENA BERI PENJELASAN KEPADA RAKYAT BIASA.BUKAN KELOMPOK-KELOMPOK POLITIK.DAN PENJELASAN ITU MESTILAH DUA HALA,ADA SOAL JAWAB.KALAU PENJELASAN SATU HALA LEBIH BAIK TULIS DALAM AKHBAR SEMUA ORANG BOLEH BACA.

    ReplyDelete
  3. Memang sah yang datang dengar penerangan Najib x faham dan x percaya dengan putar belit Najib... jadi mereka x tahu bagaimana nak terangkan pada rakyat!

    ReplyDelete
  4. Kena terangkan kpd rakyat spt Tun M terangkan kpd rakyat ttg salahlaku@liwat Anwar..barulah rakyat percaya..paham ker x paham wahai PM Najib

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..