Full Width CSS

Jangan Buat Spekulasi Tidak Matang Berkenaan Lawatan TPM Ke Sabah #Pray4Sabah #KekalNajib


Secara peribadi saya merasakan semua perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku pastinya akan diakhiri dengan penglibatan politik. Bukan isu tersebut terdapat unsur politik tetapi sengaja dipolitikkan sehingga pelbagai pihak membuat andaian tersendiri kerana termakan persepsi jahat pihak dalam parti yang sama.

Persepsi dan spekulasi tidak matang sememangnya tidak menguntungkan parti apatah lagi negara pada keseluruhannya. Berhenti jadi orang yang berniat tidak baik dan ditambah lagi tidak membantu langsung kepada keberhasilan dan keuntungan negara.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kundasang, Sabah mendengar sendiri penerangan dan taklimat berkenaan tragedi gempa bumi. Dalam masa yang sama beliau turut diberitahu mengenai usaha search & rescue yang telah diselaraskan semenjak hari pertama kejadian.

Cuma nak bagitahu 2 perkara jer kepada macai yang cuba perangkap & sabotaj TPM tempoh hari di KLIA. Kedatangan TS Muhyiddin bukan atas urusan peribadi tetapi mewakili kerajaan persekutuan bagi melihat sendiri dan menilai kesan bencana alam ini.

Takyah buang masa tebar persepsi negatif kononnya ada mainan politik telah dimulakan oleh TS Muhyiddin untuk jatuhkan DS Najib Tun Razak.

You're not helping UMNO & Barisan Nasional. Seriously !!~ So stop talking nonsense dan perkara yang tak menguntungkan kedua² belah pihak.


Dalam lawatan tersebut, TPM telah mengumumkan beberapa bantuan khas buat keluarga mangsa² korban gempa di Sabah khususnya merujuk kepada mangsa di Gunung Kinabalu.

1. Bantuan sejumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa korban gempa.
2. Bantuan sejumlah RM2,000 diberikan kepada mangsa yang cedera.
3. Bantuan sejumlah RM1,000 buat mangsa yang selamat tetapi mengalami trauma.
4. Saguhati penghargaan RM1,000 kepada malim gunung yang turut serta dalam operasi mencari & menyelamat.
5. Membaiki kerosakan Masjid Daerah Ranau dengan peruntukan sebanyak RM8juta.

Ini semua duit kerajaan ya bukannya duit TPM kerana beliau hadir sebagai wakil kerajaan pusat seperti yang saya maklumkan awal tadi, kehadiran beliau untuk melihat sendiri dan menilai kesan bencana alam ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara.

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman SKULAR.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..