Full Width CSS

Konspirasi Menjatuhkan PM Atau Jatuhkan Parti Pemerintah? #BarisanNasional #KekalNajib


Kemelut di antara Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir tidaklah sebesar mana ataupun dalam istilah lainnya tidaklah sampai ke tahap kanser tahap mati.

Tetapi mainan persepsi di media sosial sebenarnya mempengaruhi perkembangan isu semasa ini. Saya sendiri akui bahawa perkara ini benar berlaku kerana masing-masing mempunyai penyokong fanatik tersendiri.
Namun saya sedikit jelik / menyampah dengan sikap penyokong mantan Perdana Menteri yang dilihat begitu taksub menyerang Najib Tun Razak hari ini dan seolah-olah terdapat dosa besar yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.

Padahal isunya adalah begitu simple dan dianggap tidak sampai ke tahap meruntuhkan parti UMNO yang sudah menjangkaui usia 69 tahun.

Secara peribadi, saya sendiri terkilan membaca status Facebook yang dimuatnaik oleh Admin - Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM).

Mengapa perlu ada kenyataan yang mendoakan kewajaran Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihanraya Umum 14 (PRU14) akan datang. Bukankah penyokong Tun Mahathir juga merupakan penyokong BN?

Atau sebenarnya Admin Facebook berkenaan cuba memberitahu bahawa pada PRU akan datang, Tun Mahathir tidak lagi akan bersama & menyokong BN.

Saya akui sebagai penyokong pemimpin UMNO (ulil amri) hari ini, bukan menjadi tugasan saya mengadu domba serta menghina peribadi pemimpin malahan tidak sesekali memperdagangkan nasib UMNO / BN pada PRU akan datang dek hanya kerana berselisih faham mengenai isu-isu semasa saja.

Sebagai cybertroopers UMNO / BN, kami diajar daripada mula penglibatan dalam arena ini untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan hari ini berterusan dan keyakinan rakyat juga dapat ditingkatkan. Namun saya agak pelik dengan sikap Admin SSTDM yang pernah bersama dengan saya sebelum ini dalam program media sosial dan perjumpaan yang membincangkan cara bagaimana memperteguhkan lagi gerak kerja media sosial pro UMNO / BN, yang kini tampak seolah-olah menjadi duri dalam daging kepada parti.

Namun saya tak pasti apakah mereka ini menggunakan nama Tun Mahathir atas tujuan seronok-seronok atau mencari populariti atau serius mengakui perjuangan Tun Mahathir memberikan kesan dalam kehidupan mereka.

Ingin saya berpesan kepada diri saya dan Admin SSTDM supaya bermuhasabah diri mengenai sebab musabab menjadi penggiat media sosial.


* Jangan kata UMNO / BN tiada sumbangan langsung dalam hidup korang dan juga jangan kata anak cucu korang pada masa akan datang tak memerlukan UMNO / BN kelak.

Post a Comment

3 Comments

  1. SSTDM menyamar konon sokong TDM. Mungkin dia macai PR nak pecah belah UMNO menggunakan TTDM. Kalau x nape TTDM bercakap serupa macam pembangkang? Sehingga SR yg dulu dia pernah kata sampah pun kini diperacayainya.

    ReplyDelete
  2. Memang ler komen admin sst tu tersasar jauh. Tak menampakkan pejuang bangsa pun. Nak publisiti jer tu. Tapi kes najib ni lain. Disebabkan sayang UMNO lah kami mahu dia turun. Tun suruh lama dah berdasarkan sebab tertentu. Bukan pasal 1MDB saja. Banyak kes yg tak terjawab dan di jadikan persepsi oleh PR. Jadi tak mahu turun, kena jolok bagi jatuh. Yg nak di jatuhkan cuma Najib jer.. Bukan Kerajaan BN ni pun. PM boleh cari org lain!

    ReplyDelete
  3. Tak ada sape pun minta umno kalah dlm pilihanraya..minta najib berundur je..yg suruh dia berundur tu pun sbb x nak umno kalah le..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..