Full Width CSS

Menjawab Tuduhan Kononnya Pasukan Keselamatan Gagal & Menteri Lari Ke Luar Negara #Pray4Sabah


Hebat permainan parti Pembangkang yang sengaja mensensasikan isu melibatkan kerajaan yang dilihat kononnya gagal menstrategikan pelan search & rescue pendaki² yang stuck di atas puncak Gunung Kinabalu, Sabah disebabkan jalan menuruni gunung tersebut terhalang.

Juga terdapat juga tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak serta rombongan Menteri Kabinet yang kini berada di Arab Saudi kerana atas urusan menghadiri pertemuan dan mesyuarat hubungan luar kedua² negara.

Berikut fitnah / persepsi yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab kepada khalayak umum melalui Facebook.


Dan ini..

"Arahan dikeluarkan telah menghalang tentera untuk memberi bantuan untuk misi pencarian. Atas alasan kerana mereka tidak mahir dengan persekitaran gunung Kinabalu. Persoalannya, jikalau mereka tidak boleh memberikan bantuan fizikal secara langsung, sekurang-kurangnya, mereka boleh berfungsi untuk mengangkat mangsa-mangsa yang terkorban di satu tempat yang selamat dikawasan pejalan pendakian agar mampu meringankan beban Guides Tempatan.

Sudahlah operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh guides, mengangkat mangsa terkorban pun dilakukan oleh mereka. Apabila sampai di Timpohon Gate, pintu utama permulaan ekspedisi mendaki gunung Kinabalu, tentera dan bomba yang mendapat nama seolah-olah mereka yang telah melakukannya.

Realitinya, duduk saja...

Datang dengan beberapa trak tetapi bantuan apa yang diberikan?

Hanya publisiti saja... Selebihnya, anda bincangkan..."

Kedua² kenyataan di atas sebenarnya lebih kepada melemparkan persepsi negatif kepada orang ramai. Kononnya mereka yang terkandas di atas Gunung tidak diberikan bantuan sewajarnya. Namun realiti sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan.


Fakta 1 - Malim Gunung @ Porter
Malim Gunung adalah salah satu agensi dalam Jabatan Kerajaan kerana lesen dikeluarkan oleh Jabatan Hutan. Isu bantuan sampai lambat sebenarnya tidak patut timbul. Konsep kesiapsiagaan nasional apabila bencana berlaku, penggunaan anggota penyelamat sukarelawan dari orang² tempatan yang mempunyai kemahiran menyelamat. 

Fakta 2 - Koordinasi MINDEF & ATM
Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan tidak berada di dalam negara dan tidak aware akan isu ini. Untuk makluman, beliau telah berada di Arab Saudi lebih awal daripada rombongan PM dan Menteri² Kabinet yang lain untuk tugas² khas. 

Walaupun di Arab Saudi, beliau masih lagi memantau segala perkembangan semasa ini. Jika dilihat melalui akaun twitternya, ada beberapa makluman yang diberitahu bahawa beliau telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggerakkan 2 buah helikopter EC725 bersama troop Tentera Darat terus memobilisasi di Sabah untuk misi search & rescue.

Berikut antara update semasa pada hari kejadian (5 Jun 2015)


5.00 pm - Update...heli EC725 TUDM tidak dapat merapati Laban Rata Gunung Kinabalu disebabkan keadaan kabus yg tebal dan poor visibility. pesawat TUDM akn mulakan semula penerbangan mulai esok jam 0600 utk tugas SAR.
6.20 pm - Update..Pada jam 1710 dua buah helikopter PDRM berjaya menurunkan 250 selimut tebal di laban rata dan sayat sayat. -Komander pesawat Supt Rodzi dan Asp Nazarudin

Fakta 3 - PM & Menteri Kabinet Lari
Isu PM & Menteri Kabinet 'melarikan' diri ke Arab Saudi bukanlah dirancang dalam tempoh singkat 24 jam tetapi sebenarnya ia telah lama dirancang dan dipersetujui oleh kedua² belah pihak kerajaan. 

Antara Menteri yang turut serta adalah Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Dato' Seri Zahid Hamidi, Dato' Seri Jamil Khir, Datuk Seri Azeez Rahim dan Dato' Seri Anifah Aman.

Main points mesyuarat dua hala negara adalah ;-

1. Mengadap & mengucapkan tahniah kepada Raja Salman kerana memegang tampuk pemerintahan negara selepas kemangkatan Raja Abdullah.
2. Menbincangkan dan memohon dipertimbangkan kuota Haji bagi jemaah Malaysia.
3. Melihat sendiri Metro Makkah secara dekat di mana operator bagi sistem aliran ringan ini akan menggunakan tenaga tempatan (Malaysia) melalui syarikat Prasarana Berhad Malaysia.
4. Membincangkan isu pelarian Muslim Rohingya.


Fakta 4 - Search & Rescue Bersepadu
Akaun Facebook milik ATM dan Bomba & Penyelamat Malaysia paling banyak memuatnaik pelbagai gambar yang dijalankan semasa dalam usaha search & rescue di Gunung Kinabalu bersama² dengan Malim Gunung Kinabalu @ Porter.

Gerak kerja antara agensi² kerajaan seperti ATM, Bomba, SMART, JPAM & Malim Gunung

Facebook ATM - klik sini
Facebook Bomba & Penyelamat - klik sini

Bagi pendapat saya, jangan buat pelbagai andaian yang tidak tepat mengenai isu² ini. Saya yakin pasukan penyelamat bukannya duduk melepak saja tanpa ada arah tujuan. Mereka menunggu arahan berdasarkan keadaan cuaca semasa. 

Dek kerana nak menyelamatkan nyawa orang lain, takkan nak mempertaruhkan nyawa pasukan penyelamat juga. Nyawa mereka menjadi keutamaan juga kerana mereka adalah PENYELAMAT bukannya pelancong.

Nak cari salah memang mudah tapi nak cari volunteer panjat gunung bawa turun mayat memang susah. So rasa² diri tu tak membantu pasukan search & rescue, just silent.

Post a Comment

4 Comments

  1. boss ko x pernah belaja eahh?...dulu masa banjir besar kelantan siap main golf lagi,sekarang gempa bumi pgi oversea lak...tagguhkan dulu lerr...dia x igt ke rakyat sabah turun bagi sokongan kat dia masa susah,ni rakyat sabah susah xnak lak datang ye...senang je jadi pm ye,hanya tweet je...dia g kenduri kawin ada masa lak ye...klu rasa komen ni x sesuai dan terlalu fitnah,byk caci maki dan mengancam keselamatan negara jgn dipublishkan ye...k bye

    ReplyDelete
  2. anony 3.02 ... TPM Pengerusi jawatankuasa bencana fyi... eloklah hantar TPM dulu sementara PM ke saudi sempurnakan jemputan... dua2 kerja jalan. kemon, team work lah... inilah susah kalau kita pandang negatif semua benda

    ReplyDelete
  3. DS Najib keluar negara bukannya atas dasar bercuti tapi bekerja. Jika semuanya nak kena PM ada apa guna ada TPM. Urusan lawatan ini pun penting juga kerana menyentuh kepentingan rakyat juga. Yg sebenarnya yg dok mencari salah PM ini walau apa pun yg PM buat semuanya akan nampak salah yg betulnya korang aje lah.

    Aku Tetap Sokong PM/BN.

    ReplyDelete
  4. Kalau bodoh botingkek-tingkek.... bg tahu la apa pun... bukan paham pun... sebab tue la perbagai jawatan ada untuk pecahan tugasan.... Dalam kelas kat sekolah pun dah diajar adanya penolong ketua kelas.....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..