Full Width CSS

Menteri Rahman Dahlan Minta Bomba Masukkan Program Pendidikan Hadapi Bencana @mpkotabelud @bombaJBPM


Mengambil kira sudut positif dan langkah² pembaharuan serta strategik, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, Dato' Rahman Dahlan tampil dengan beberapa idea yang baik untuk digunapakai oleh pihak² terbabit.

Berikut kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah ini.

Susulan dari gempa bumi di gunung Kinabalu.

Saya telah arahkan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memasukkan dalam program pendidikan awam mereka mengenai persediaan menghadapi bencana gempa bumi dan cara-cara untuk menyelamatkan diri semasa dan selepas gempa bumi berlaku.

- JBPM akan memberi latihan menyelamat kepada semua malim gunung yang beroperasi di Gunung Kinabalu kerana mereka adalah responden awal kepada bencana gempa bumi.

- JBPM juga akan membekalkan mereka dengan peralatan yang sesuai untuk kerja-kerja menyelamat.


- Pada masa yang sama, JBPM akan meletakkan peralatan menyelamat yang sesuai di atas gunung iaitu di Laban Rata dan di pejabat Taman Sabah di kaki gunung.

Dengan cara ini malim-malim gunung yang mempunyai banyak pengalaman dalam topografi gunung boleh membantu kerja awalan mencari dan menyelamat bila ada bencana berlaku.

Satu langkah pro-aktif & positif oleh Menteri dan agensi yang melihat penambahbaikan yang perlu diwujudkan demi kebaikan bersama.

Tahniah & terbaik !

Post a Comment

0 Comments