Full Width CSS

Pemain Ragbi Algeria Belasah Pemain Negara Sehingga Patah Tangan


Sekurang-kurangnya 12 pemain ragbi negara dikejarkan ke Hospital Besar Melaka apabila pemain Algeria mengamuk membelasah pemain Malaysia dan penyokong pada aksi final Piala Crescent di Padang Politeknik Merlimau, kelmarin.

Dalam aksi itu, Malaysia muncul juara biarpun masih berbaki dua minit sebelum tamat dengan keputusan 19-11.


Tindakan ganas pemain Algeria itu disebabkan rasa tidak puas hati ekoran beberapa keputusan pengadil yang didakwa mereka menyebelahi pasukan tuan rumah.

Bukan sahaja pemain negara dibelasah malah penyokong dan tempat pentas utama VIP turut diserang pemain lawan.

Susulan insiden berdarah itu, dua pemain negara iaitu Mohd Razmi Rozan patah jari tangan kiri manakala Abu Hurairah Tahir patah gigi.

Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau dan kini siasatan lanjut sedang diambil pihak berkuasa.

Sumber - Harian Metro

Alangkah menariknya cerita kat atas ni kalau Polis terus bertindak menahan semua pemain ragbi Algeria yang terlibat dan dilokapkan terus.

Kalau bergaduh dalam padang melibatkan pemain saja tak pa tapi bila melibatkan kerosakan harta benda awam dan keselamatan, maka tindakan tegas harus diambil.

Post a Comment

1 Comments

  1. haha...mana malaysian rugger king yang sado sado 2...ilang dah ke...?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..