Full Width CSS

Pesawat MAS Berpatah Balik Selepas Syaki Enjin Terbakar?


Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH148 terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang asal di Melbourne selepas berlaku kebakaran enjin.


Pesawat Airbus A330 untuk dijadual terbang ke Kuala Lumpur daripada lapangan terbang itu.

News.com.au melaporkan ia berpusing-pusing beberapa kali di kawasan lapangan terbang itu, dipercayai untuk menghabiskan minyak.

Seorang jurucakap perkhidmatan udara Australia mengesahkan kepada The Guardian bahawa pesawat itu mengalami masalah enjin.

Katanya, masalah timbul selepas juruterbang menekan minyak sepenuhnya.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan juruterbang itu berpusing-pusing untuk membuang minyak sebelum mendarat memang amalan biasa dilakukan jika berdepan perkara itu.

Walau bagaimanapun MAS dalam kenyataannya mengesahkan tiada kebakaran luaran berlaku terhadap pesawat MH148.

Tambah kenyataan media itu, pesawat Airbus A330 tersebut kini sedang diperiksa jurutera MAS dan kakitangan lapangan syarikat penerbangan itu dan mendapati tiada kebakaran luaran berlaku terhadap pesawat itu.

“Seramai 300 penumpang pesawat berkenaan selamat dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan MAS.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” kata MAS


Sumber : Belia Bangkit

Post a Comment

0 Comments