Full Width CSS

Tak Payah Protokol, Timbalan Menteri Pengangkutan Rasa 'Nikmat" Naik Pengangkutan Awam Waktu Pagi @AKaprawi #KekalNajib


Ini cerita Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Aziz Kaprawi mencuba sendiri pengangkutan awam pergi ke tempat kerja. Beliau naik komuter dari stesen UKM menuju ke Bandar Tasik Selatan kemudian tukar ke ERL menuju ke Putrajaya, semalam.

Tanggapan aku bila tengok gambar-gambar yang diuploadkan dalam Fb & Twitternya , memang aku salute lah. At least 1st sebab dia try naik tren time peak hour in the morning. Kedua dia naik macam rakyat biasa. Lebih tragik lagi takda siapa pun cam dia dalam tren tu huhu, Timbalan Menteri tu.

Sekadar pendapat aku, amat berharap sangat Ahli Parlimen Sri Gading ni aware sikit dengan schedule pengangkutan awam yang dinaiki ni. Adakah berbaloi dengan masa & tambang yang dikenakan. Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat harga bukannya halangan utama tapi kualiti pekhidmatan yang paling diharapkan. Mungkin pendapat lain, mereka mahukan tambang & perkhidmatan selari.

Tapi walau apa pun, yang penting perkhidmatan yang baik dan mantap akan memberikan imej yang positif kepada services provider dan kerajaan akhirnya. Walaupun tren nampak cantek molek dan serba canggih tetapi kalau kualiti perkhidmatan tak memuaskan pasti tetap tidak akan memuaskan hati hampir 1 juta pengguna setiap hari.


Pantauan dan keseriusan kerajaan mengkaji keberkesanan pengangkutan awam amat diperlukan. Tambahan pula sistem pengangkutan awam merupakan perkara yang dititikberatkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). So mana yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik, just do it.

Nak tak nak kerajaan juga harus fikirkan cara bagaimana menarik orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam sebagai trend masa kini dan masa hadapan.

Rasanya lepas ni Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan boleh cuba naik bas pula pada waktu puncak.

Post a Comment

0 Comments