Full Width CSS

Isu #1MDB Mungkin Konspirasi Politik Mahu Jatuhkan PM @NajibRazak #KekalNajib


“PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah dan provokasi melampau”.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, atas sebab itu Pemuda PAS mengingatkan rakyat berhati-hati dengan perangkap konspirasi politik yang mungkin dilakukan pihak luar dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata beliau, jika benar tuduhan menyeleweng dana 1MDB berbilion ringgit yang dilemparkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia satu keaiban kepada negara.

“Sebaliknya jika ia tuduhan palsu, maka negara akan terperangkap dalam suatu konspirasi politik yang melibatkan pemain luar yang pastinya mempunyai agenda dan kepentingan politik dan ekonomi.

“Ini bakal mengundang kerosakan yang lebih besar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Nik Mohamad Abduh menyeru penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh badan berwajib bagi menjawab segala persoalan yang menghantui rakyat mengenai tuduhan oleh media asing, The Wall Street Journal tersebut.

Beliau dalam pada itu meminta jentera Pemuda PAS supaya sentiasa berwaspada dengan gelombang baru politik yang bakal wujud tidak lama lagi.

Menurutnya, persediaan menghadapi gelombang baru tersebut dengan mengambil kira beberapa cabaran yang berlaku dalam beberapa parti politik hari ini termasuk PAS.

“Seluruh kepimpinan Pemuda PAS di setiap peringkat wajar bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku,” katanya.

Post a Comment

0 Comments