Full Width CSS

Kenyataan Media Setiausa Agung UMNO @TengkuAdnanReal

KENYATAAN MEDIA
28 JULAI 2015

Saya meminta semua barisan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk bertenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak berkaitan keputusan beliau melakukan rombakan kabinet hari ini.
Sewajarnya, keputusan YAB Presiden melakukan rombakan kabinet tidak perlu dipersoalkan sebagaimana hak beliau yang memegang amanah bagi memastikan barisan Jemaah Menteri kukuh dalam menghadapi cabaran mengurus tadbir negara.

Selaras dengan itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, juga tahniah kepada barisan anggota kabinet yang baharu dilantik.

Dalam masa yang sama, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang telah menerajui kepimpinan selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, juga kepada Dato’ Seri Shafie Apdal dan Dato’ Seri Hassan Malek yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam kementerian masing-masing sebelum ini.

Sehubungan itu, sekali lagi saya menyeru ahli-ahli UMNO sekalian untuk terus, bersatu padu, memperteguh muafakat dan memperkukuh tekad dalam memastikan parti terus teguh serta dapat bersama-sama mempertahankan kesejahteraan negara.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Post a Comment

4 Comments

  1. Sesiapa ada 5 borang keahlian PAS, aku dan keluarga nak tukar haluan pulak.

    Jom kita turunkan Najib.

    ReplyDelete
  2. Kami kebanyakan ahli akar umbi dah hilang kepercayaan pada Najib bilion-bilion khasnya dan UMNO amnya. Ada faham tuan setiausaha?

    ReplyDelete
  3. PENJILAT AhJIbNgok!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..