Tuesday, July 28, 2015

Muhyiddin Mengadu Domba Pada Ahli² UMNO Bawahan Tapi...?


Nampaknya percaturan politik Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun kini diambang kegagalan apabila selepas 24 jam Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan yang dilihat "membidas" Kabinet dan Perdana Menteri, tidak ada seorang pun Menteri, mahupun Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian yang menyokong kenyataan Timbalan Presiden melainkan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Azwan Bro.

Ini sangat berbeza dengan sokongan yang diterima oleh Presiden parti dimana sokongan terbuka terhadap kepimpinan Presiden dapat dibuktikan dengan kenyataan serta tindakan beberapa kepimpinan kanan seperti berikut:

Adakah mereka dua bakal memimpin negara? 

1. Naib Presiden No 1 Datuk Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi:
- Menggantung penerbitan surat khabar pembangkang The Edge

2. Menteri Komunikasi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek:
- Menyekat akses kepada Sarawak Report

3. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan:
- Dilantik Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional dan penyokong kuat Presiden.

4. Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz:
- Mengeluarkan kenyataan bahawa penggantungan The Edge dan penyekatan Sarawak Report tidak ada impak kepada industri pelancongan.

5. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman:
- Mengeluarkan dua kenyataan media membidas akhbar antarabangsa pro pembangkang The Wall Street Journal ekoran berita tidak tepat yang disiarkan

6. Speaker Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak:
- Konsisten dalam mempertahankan Presiden di blog beliau.

Malah bukan sahaja mereka diatas, malah ramai Menteri, Timbalan Menteri,Ahli Parlimen serta Ketua Bahagian yang menyokong kepimpinan Presiden antaranya Datuk Seri Ahmad Husni (MK2), Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Aziz Kaprawi (Timb. MoT), Datuk Ahmad Bashah (Timb. KPDNKK) dan sebagainya.

Malah, saya difahamkan UMNO Bahagian Raub juga telah membatalkan jemputan kepada Timbalan Presiden untuk merasmikan Persidangan UMNO Bahagian kerana tidak setuju dengan sikap Timbalan Presiden.

Setakat maklumat pagi ini yang diterima,terdapat hampir 150 orang Ketua Bahagian dan 80 orang Ketua Pemuda Bahagian yang bersama dengan kepimpinan Presiden parti.

Saya berharap selepas selesai sahaja meyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini, satu "cleaning exercise" dapat dilakukan dimana "jebat-jebat" dan mereka yang "mempunyai game tersendiri" didalam parti dapat dikeluarkan dengan kadar segera. Akhir sekali:

"UMNO does not need parasites in the party, as parasites does not create value but only lives in or on its host and benefit from the host's expense, so to the parasites, you know who you are"

2 comments:

  1. Kuat dia bidas 1mdb, tapi apa yg kem.pend. lakukan untuk penambahbaikan????

    ReplyDelete
  2. Jilat. Untung2 dpt bonus dan jadi menteri.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...