Full Width CSS

PDRM Diminta Siasat 10 Individu Terlibat Dalam Konspirasi Menghancurkan Negara @AKaprawi @PDRMsia #KekalNajib


Polis diminta menyiasat secara menyeluruh 10 individu termasuk Xavier Andre Justo berkaitan satu konspirasi untuk menjatuhkan dan menggulingkan kerajaan dengan menggunakan media asing.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, tindakan berkenaan dikhuatiri mampu menghancurkan negara sebagaimana pernah berlaku di beberapa negara luar seperti di Mesir apabila media terbabit berperanan mengguling pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Menurutnya, terkini beberapa media asing berkenaan telah menyerang kepimpinan negara terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, media asing terbabit yang dibantu oleh anasir tidak bertanggungjawab telah menyebarkan fitnah dan beberapa individu di negara ini terlibat secara langsung dalam konspirasi tersebut.

“Saya berharap individu berkenaan yang mempunyai kaitan dengan tindakan mahu menjatuhkan negara perlu disiasat segera serta dalam masa yang sama mengadakan kerjasama dengan polis di Thailand dan Interpol.

“Ia satu pengkhianatan kepada negara dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada mereka, termasuklah tindakan menjual maklumat sehingga tersiar di media asing seperti di Wall Street Journal (WSJ) juga Sarawak Report,” katanya semasa Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Sulaiman, di dewan sekolah berkenaan, semalam.

Ab Aziz berkata, rakyat negara ini mesti sedar bahawa mereka yang menentukan sendiri pemimpin melalui cara demokrasi seperti pilihan raya dan bukannya menyerahkan kepada orang luar untuk menentukannya.

Katanya, ia merupakan satu penjajahan bentuk baharu kepada negara dan rakyat perlu tahu yang mereka tidak perlu bergantung kepada orang luar dalam menentukan masa depan negara ini.

“Saya cukup kagum dengan pimpinan Pas yang turut menyokong kepimpinan perdana menteri (Najib) dalam konspirasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

“Walaupun mereka ini pembangkang, tetapi dalam hal yang membabitkan maruah negara di mata dunia mereka (Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din) masih menyokong kepimpinan kerajaan,” katanya.



Post a Comment

1 Comments

  1. Humbankan mereka ini semua termasuk Mahataik kedalam penjara supaya aman sikit Malaysia. Mereka inilah yang merosakkan ekonomi Malaysia dan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..