Full Width CSS

Fitnah Puak Pembangkang Berhubung Rosmah Berjalan Dahului Najib


Dunia akhir zaman dipenuhi FITNAH & segala cerita rekaan manusia hati jahat untuk disebarkan meluas di media sosial.

Terbaru di majlis PM di Singapura , mereka memfitnah mengapa perlu dibawa dalam gambar di atas sertai mengapa berjalan dahulu dihadapan PM.

1. Kenapa PM Malaysia bawa isteri ?

Kerana jemputan yg dikeluarkan oleh kerjaan singpore adalah berdua. Ketua negara dan isteri. PM negara lain pun bawa isteri juga ( lihat gambar dibawah ini yang tidak disebarkan pemfitnah )
Soal nak bawa tak bawa tak timbul. Kerana jemputannya berdua. Sebagaimana org jemput kita pergi kenduri. Jika jemputannya utk kita dan isteri, maka tak salah kita bawa isteri. Jika jemputannya utk kita sekeluarga, maka kita blh bawa isteri dan anak2 bersama. Yg akan jadi susah dan pelik bila org hanya jemput kita shj, tapi kita punggah habis anak beranak pergi.

2. Kenapa Datin Seri Rosmah berjalan di depan PM ?

Ianya berkaitan soal tempat duduk yg disediakan atau disusun atur oleh tuan rumah. Dlm hal ini kerajaan singapore sebagai penganjur meletak datin seri disebelah kanan PM. Sudah tentu utk memasuki tempat duduk yg disusun begitu datin seri perlu masuk terlebih dahulu. Setiap majlis ada adat dan protokol. Tak kan bila sampai ditempat duduk baru PM dan isteri nak berpusing atau langkah melangkah utk tukar tempat duduk


Jadi kepada tukang viral, hentikanlah fitnah jahat yang menambah dosa sahaja.

Post a Comment

0 Comments