Full Width CSS

Kritikan Dibalas Dengan Persepsi Khianat #BangsaJohor @AKaprawi


Hangat di dalam media sosial mahupun media arus perdana hari Sabtu lepas apabila petikan daripada ucapan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang mengkritik pedas mantan Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Dalam ucapan tersebut, Aziz Kaprawi menggelarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat kepada Nakhoda bahtera (Perdana Menteri) kerana di dalam sebuah kapal, tidak boleh ada dua (2) nakhoda, perlu ada satu pemimpin dan yang selebihnya adalah pengikut.

Namun, Tan Sri Muhyiddin telah membuktikan beliau tidak boleh menjadi pengikut yang baik malah cuba menentang pemimpin sedia ada yang dipilih oleh ahli UMNO. Tidak ada salah disitu. A fair point was made.

Barangkali ada pihak yang terdesak untuk menambahkan lagi spekulasi yang boleh bertebaran di laman sosial, maka dicanangkan pula soal beliau mengkhianati Bangsa Johor walhal perkara tersebut tak pernah disentuh oleh beliau ketika berucap ketika itu.


Ini dua situasi yang berbeza sekiranya pihak yang menokok tambah cerita mengenai ucapan Aziz Kaprawi tersebut. Kerana mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengkritik Bangsa Johor adalah perkara yang amat berbeza sekali. Peliknya kenapa ada pihak yang berkepentingan berkata kononnya Aziz Kaprawi mengkritik Bangsa Johor dan tidak mempunyai semangat Bangsa Johor yang tebal di dalam dirinya.

Ini sememangnya satu bentuk persepsi yang dimanipulasi secara terancang dan sengaja ditujukan kepada Ahli Parlimen Sri Gading atas rasa kecewa kerana kesilapan Tan Sri Muhyiddin Yassin 'berkata benar' di khalayak ramai tanpa memikirkan keseluruhan untung nasib parti.

Cukuplah wahai pihak² yang berkepentingan bermain dengan persepsi kenegerian ini. Jangan kerana tidak boleh menerima realiti sebenar maka ditimbulkan pula andaian seseorang tersebut sudah lupa diri kerana telah berada di puncak pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Muhasabah diri lebih baik daripada terus mengadu domba perkara yang tidak benar. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Mengkritik Najib diliihat sebagai mengkritik kepimpinan UMNO? apa pandangan saudara?

    ReplyDelete
  2. Taat pada pemimpin ada batasnya.Jangan taat membabi buta.

    Ada satu ketika tak berapa lama dulu semua orang berhati2 untuk menyatakan sokongan pada mana2 parti kerana kedudukan penyokong parti yg seimbang.Takut kawan yg diajak bersembang berlawanan parti.

    Tapi keadaan sudah berubah sekarang.Semua orang secara terbuka menghentam najib kerana duit 'derma' 2.6b dan skandal 1mdb.Semua orang termasuk penyokong umno dan kerajaan.Seluruh rakyat tanpa mengira fahaman parti seolah2 bersatu kerana kes ini.Cuma segelintir saja yg berkepentingan atau pihak yg tidak faham isu yg masih menegakkan benang basah.

    Umno masih ada masih ada masa untuk dipulihkan dengan syarat pemimpin no 1nya perlulah berkorban demi parti.Ingatlah kepentingan parti mengatasi kepentingan individu seorang.Jika tidak bersiap sedialah untuk menjadi pembangkang pada pru14 nanti.

    Umno tolong jangan syok sendiri.

    ReplyDelete
  3. kritik ok tapi yg ni FITNAH,upahan Dajjal SiTua mamakutty bro.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..