Thursday, August 27, 2015

Lagi Ahli PAS Tidak Yakin Dengan Kepimpinan Parti

Seramai 19 ahli jawatankuasa Pas Sri Gading, Batu Pahat meletakkan jawatan dalam parti kira-kira 10.25 malam, tadi.

Majlis peletakan jawatan tersebut diketuai Yang DiPertua Pas Kawasan, Mohd Salleh Samad dan turut disertai jawatankuasa atasan Pas kawasan tersebut.

Antara lain yang turut berbuat demikian ialah Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan, Mohd Alias Sabu dan Naib Yang DiPertua Pas Kawasan, Noor Khalim Shakib.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni di Markas Kampung Baru Sri Gading.

Pengumuman peletakkan jawatan tersebut juga disusuli dengan majlis penyerahan kunci markas kepada ahli jawatankuasa yang kekal dalam parti itu, yang diwakili Nazaruddin Saali dan Nasir Abdullah.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...