Full Width CSS

Lim Kit Siang Pula Menggelabah Bila Zahid Hamidi Cakap Komplot Jatuhkan PM

Lim Kit Siang telah melenting apabila TPM DS Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ada komplot melibatkan tokoh UMNO dan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang.

Sebagai Menteri Dalam Negeri adalah tertakluk di bawah bidangkuasa beliau untuk menyekat mana-mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah kerana ia mengancam kestabilan politik negara.

Maklumat yang diperoleh ini adalah berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa PDRM.

Dato Seri Ahmad Zahid tidak pernah menuduh secara semberono atau menamakan pemimpin yang bersekongkol dalam gerakan tersebut.

Namun jika tokoh politik itu sudah mengetahui pembabitannya dihidu oleh pihak risikan PDRM, maka silalah tampil untuk membuat penafian pada pihak keselamatan dan membubarkan gerakan tersebut serta merta demi kestabilan negara.

Gerakan menggulingkan kerajaan yang sah secara demokrasi adalah salah di bawah undang-undang SOSMA dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan balas Lim Kit Siang disiar dalam laporan berita atas talian hari ini di The Malaysian Insider bertajuk 'Toppling PM not a crime if done constitutionally, DAP tells Zahid.

Post a Comment

0 Comments