Sunday, August 16, 2015

Malam Penuh Keinsafan #DoaUntukMalaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal #SehatiSejiwa


Sambutan tetap sama diterima oleh penganjur ketika program #DoaUntukMalaysia yang diadakan malam tadi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Hampir 10,000 orang hadir bersama-sama memuji kebesaran Allah, berselawat dan berdoa kepada Yang Maha Esa agar Malaysia terus dipelihara daripada ketidaktentuan ekonomi, keselamatan negara serta berharap agar dijauhkan daripada bencana-bencana alam.

Program yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu kemudian disusuli dengan persembahan nyanyi-nyanyian ketuhanan oleh Ramli Sarip & Hattan.

Kemudiannya solat Isyak & solat Hajat secara berjemaah bersama Perdana Menteri.


Untuk rekod, program ini telah memasuki tahun yang kedua diadakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke 58 tahun.

Turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak dan Menteri-Menteri Kabinet. Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.




Lagi gambar di FB : Rezqeen Hill

1 comment:

  1. umakkkkkkkkkk aiiiiiiii
    10 ribuuuuu oranggggggggggggg
    banyakkkkkkkkkknyeeee

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...