Full Width CSS

Media Kena Mainkan Peranan Yang Betul Ketika Negara Dihujani Laporan² Fitnah - Aziz Kaprawi @Akaprawi

Penubuhan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bertujuan bagi mewujudkan ruang ekonomi baharu kepada negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, sebelum ini parti terpaksa meminta bantuan daripada sektor korporat tertentu setiap kali menghadapi PRU.

“Tetapi setiap bantuan yang diberikan, semestinya akan dituntut mereka kembali dalam bentuk projek baharu.

“Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan 1MDB bagi mengatasi masalah ini, jika tidak hanya dari kumpulan sama saja, termasuk kepada keluarga tertentu.

”Jadi, bagaimana dengan nasib usahawan tempatan lain untuk melakukan perniagaan,” katanya ketika mengdakan perjumpaan dengan pengamal media semalam.

Mengulas lanjut katanya, menyedari perkara itu, Najib akhirnya membuat keputusan untuk mewujudkan 1MDB.

“Adakah sanggup legasi lama terus kuasai ekonomi, di mana yang kaya bertambah kaya.

“Jadi Najib melihat keperluan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Aziz mengingatkan media agar memainkan peranan dengan betul ketika rakyat Malaysia dihujani dengan laporan-laporan palsu yang disebarkan oleh media luar negara.

Selain memburukkan kepimpinan Najib, perkara itu juga dilihat mampu merosakkan imej negara di mata dunia.

Beliau juga berkata Kementeriannya bersimpati dengan keluarga mangsa pesawat MH370 dimana serpihan pesawatnya telah ditemui baru-baru ini di Pulau Reunion dan kementeriannya juga komited untuk terus menaik taraf kemudahan pengangkutan awam selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri sendiri yang mahukan kemudahan pengangkutan ditambah baik.

Post a Comment

0 Comments