Full Width CSS

Mukhriz Buka Baju Tolak Presiden #UMNO @NajibRazak


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak tidak mengganggu jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana beliau dipilih menerusi proses pemilihan parti. 

Secara tiba² Mukhriz bersuara membela nasib Timbalan Presiden UMNO?

Menariknya lagi, kenapa baru hari ini Mukhriz bersuara sedemikian rupa? Apakah Mukhriz baru terjaga daripada lena yang panjang ataupun Mukhriz dah dapat mimpi untuk menyokong sebelah pihak saja?

Teringin gak nak tahu adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) benar² tertekan dengan tindakan Presiden parti menggugurkan beliau daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atau TSMY sebenarnya tiada apa² interest / masalah pun tetapi orang di sekeliling yang melebih² membuat provokasi terhadap institusi.

Persoalan yang bermain di minda ahli² UMNO kini adalah mengapa baru hari ini? Di mana beliau ketika institusi Presiden diserang teruk?

Mengapa Mukhriz memilih untuk membuat kenyataan membela Timbalan Presiden UMNO dan tidak bersuara menyatakan solidariti beliau bersama Perdana Menteri ketika pelbagai tohmahan, fitnah dan serangan diterima oleh individu yang berusaha menaikkan beliau di negeri Kedah sebagai Menteri Besar paling muda di sana.

Atau ini adalah mesej jelas yang cuba diberitahu oleh Mukhriz bahawa beliau sudah sedia 'membuka baju' dan menampakkan sokongan hanya terhadap Timbalan Presiden UMNO dan bukan kepada Presiden.



* Tiba² teringat akan kesungguhan PM nakkan Kedah menang dan diberikan kerusi Menteri Besar kepada anak mantan Perdana Menteri kerana mahukan Kedah lebih maju dan setanding negeri² lain.

Post a Comment

17 Comments

  1. Sedapnya makan dedak....

    ReplyDelete
  2. Jibby mmg carik nahas kalau jentik MB Kedah..isu mantan TPM mmg dah tersalah langkah...rakyat melihat...

    ReplyDelete
  3. Antara blogger yg paling kuat kipas najib. Suka hati dia la nak cakap apa? Kau panas bontot pasai?

    ReplyDelete
  4. Ni lah dia anak mamak kerala sejati. Bapak dan anak sama je...lebih pentingkan jawatan daripada bangsa dan negara!

    Anak mamak kerala ni dah pandai main politik. Hari2 masuk berita konon buat baik. Macam takde MB lain yang buat kerja. Macam mana dia boleh masuk TV tiap2 hari? Bapak Kerala dia ada pull strings ke untuk mempromosi si anak kerala ni?

    Tendang keluar keluarga KERALA!! Lebih baik orang macam Sabri Ismail naik pangkat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daieee..apa yg ko merapu ni. Isu apa yg ko bincang.

      Delete
    2. Hahaha..dengki sungguh hg kat mb aloq setaq noo..biaq pi kat dia la...

      Delete
  5. dia tulis lu panas apsal? haha

    - asrul samad

    ReplyDelete
  6. Dapat jadi MB pon ehsan dari PM. Tak kenang jasa lah anak mamak ni.

    ReplyDelete
  7. Patut Najib kick je Mukhriz sbb dia mmg x layak. Org Kedah dlm fb je marah tp selebihnya ok jew.

    ReplyDelete
  8. Jibby cytro here !!!!!

    ReplyDelete
  9. Kami orang Kedah bangga Mukhriz menjadi MB. Kenapa ramai yang sakit hati pada dia macam si anak Lebai tu?

    ReplyDelete
  10. Integriti dan Wibawa TPM Semakin Goyah? TPM Pun Kaki Kenching?

    Kita tak perlu sebut lah pasal marah perwakilan UMNO Langkawi dan mengeluarkan perkataan kaki kenching. Berulang kali dia sebut. Sampai suruh Presiden pergi berubat. Bunyi macam kasar, tetapi itulah yang bermain di dalam pandangan rakyat.
    Kabinet Telegram yang diwujudkan oleh PM tak boleh ada unsur cakap tak serupa bikin. Atau jenis suka sembang kencang. Atau sembang bikin bimbang. Atau nak poyo dengan jawatan.
    Kabinet Telegram @ Whatsapp ini juga mesti ada integriti. Cakap mesti buat. Janji mesti tepat. Jangan main suka sebut dan tak laksana. Rakyat nanti tak suka.
    Terbaru, janji TPM/Menteri KDN kononnya ada MASTER CONSPIRATOR yang akan menyerah diri dan meminta ampun daripada PM petang semalam. Pukul 6 petang. Kononnya Master Conspirator ini ORANG TUA dan salah seorang Ahli Parlimen. Tugas utama: mencari cukup sokongan Ahli Parlimen lain untuk menyokong usaha menggulingkan PM.
    Mana orangnya? Siapa dia?
    TPM jangan main serkap jarang. Konon maklumat tidak diperoleh tepi jalan. Maklumat sahih. Tapi tak ada orangnya.
    Dikatakan juga, sedang mencari seorang kambing hitam yang nak mengaku buat seperti itu. Siapa nak mengaku?
    TPM kena ingat, ini bukan boleh seorang Ahli Parlimen biasa. Mesti ada stature. Bukan jenis macam Ahli Parlimen Grik atau Setiawangsa. Jenis ikut cakap macam pet.
    Mesti Ahli Parlimen senior. Ada nama. Jawatan penting. Bukan setakat orang yang cakap pun tak berapa senang nak faham.
    Integriti TPM bergantung kepada cerita ini.
    Kalau setakat sembang buat bimbang, tak payah buang masa lah.
    Charge terus kalau betul ada. Charge sebagai pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  11. Trend jatuh menjatuhkan pemimpin yg di pilih rakyat akan hanya mengundang perpecahan. Selepas ini adakah pm baru bersih sebersih2nya dan tiada musuh? Cukupla dengan segelintir blolgger2 yg menjadi main peranan batu api dan mengadu domba ...pasti pm baru juga akan terima nasib sama bila pihak lawan pula jatuh. Cukup2la... bagi pm ruang utk betulkan keadaan... setiap kita ade kelemahan dan kesilapan.

    Semoga pm dii beri ruang betulkan keadaan...dan inilah masa kita sama2 membantu. Besangka baik.

    ReplyDelete
  12. Hahahaha.
    Apapasai panas.
    Faham kah apa yg tertulis.
    Tak faham...padanlah bodoh.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..