Full Width CSS

Netizen Sambut Baik Cadangan @IsmailSabri60 Mahu Wujudkan Pusat Jualan Alat Telekomunikasi Khas Peniaga Melayu Bumiputera


Lewat petang semalam telah viral satu cadangan yang baik daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, DS Ismail Sabri berkenaan satu usaha daripada pihaknya untuk membangunkan sebuah pusat jualan telekomunikasi yang menyerupai Plaza Low Yat.

Cadangan tersebut mendapat sambutan baik daripada netizen di dalam laman sosial yang beranggapan inilah masa yang sesuai dan berpadanan dengan niat agensi kerajaan, MARA senantiasa mengutamakan usahawan bumiputera membantu perniagaan mereka.
Apa yang pasti usaha ini dapat membantu usahawan Bumiputera meningkatkan pendapatan mereka ke satu tahap yang lebih baik kerana menurut Ismail Sabri, pusat jualan ini khas untuk Melayu Bumiputera saja berniaga.


"Apa yang paling penting, pusat jualan ini khas untuk usahawan Melayu Bumiputera", katanya mengulas cadangan tersebut.

Menurut beliau lagi, cadangan ini adalah cabaran untuk usahawan Melayu membuktikan bahawa mereka mampu berdaya saing walaupun kedudukan premis perniagaan yang berhampiran bersebelahan dengan bangunan MARA.

"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.

Sebagai rakyat, saya dan jutaan rakyat Malaysia yang lain senantiasa menyokong usaha baik daripada kerajaan yang mengutamakan masa depan Melayu sebagai asas kepada membela nasib bangsa.

Sekalung tahniah DS Ismail Sabri & Kementerian atas cadangan dan usaha yang baik!!

Post a Comment

0 Comments